Kisah lanjut di thestar
Aku ada 2 kisah.
1. 10 tahun yang lalu masa kawan aku sedang memandu tiba-tiba kereta kat belakang horn dia...aku tak ingat kenapa. Kawan aku ni jadi marah, dia drive pelahan-lahan sampai je kat jambatan kecil dia berhentikan...jadi kereta yang horn tadi tak boleh nak kemana-mana. Kemudian kawan aku ni keluar ke depan dan buka enjin buat macam kereta dia rosak padahal tak rosak pun. Dia buat gitu pasal marah kereta kat belakang tu horn dia.
2. Tahun lepas masa aku tengah naik beca di Medan, Indonesia. Brother yang bawa beca tu kata di pernah kerja kat Malaysia 3 tahun. Dia tanya aku kenapa di Malaysia banyak accident. Aku kata pemandu tak tertib. Dia kata salah satu sebab di Malaysia bila horn je orang marah sedangkan di Indonesia horn adalah amalan untuk mengingatkan pemandu lain. Betul juga kata brother tu, pengalaman aku berjalan di Medan, Jakarta, Bandung, Bali, Surabaya dan beberapa lagi kota besar di Indonesia horn ni memang biasa dan memang susah nak nampak accident walaupun kenderaan nya berjuta.
Di Chennai, India setiap kenderaan besar dan umum ada tertulis please horn. Tapi di Malaysia orang tua kena belasah kerana horn. Pelikan rakyat Malaysia ni dikatakan Rakyat yang bersopan-santun tetapi apabila masuk je kereta ramai berubah jadi ganas!!!
~Terima Kasih~

No comments:
Post a Comment
Jangan lepaskan peluang untuk menang hadiah...mudah je kongsikan komen paling banyak dan menangi RM50.