Jul 24, 2009

KeAdilan

(Sila baca komen dan beri sokongan kepada teman Mualaf kita Pn iyung72)
Perkataan KEADILAN teramatlah ngetop di Malaysia ni sejak tahun 1998...emmm pasti semua fahamkan. KEADILAN mudah dicakap tapi sukar nak diamalkan. Apa yang aku faham dengan KEADILAN ini adalah meletakkan yang hak pada yang hak.

Contohnya apabila seseorang lelaki yang berpoligami, isteri pertama mempunyai beberapa anak dan isteri kedua belum mempunyai anak. KEADILAN bagi si suami bukan membeli keperluan yang sama banyak contohnya jika beli ikan di rumah isteri pertama beli 1 kg maka rumah isteri kedua juga 1 kg. KEADILAN yang sebenar adalah membeli ikan yang lebih banyak untuk isteri pertama kerana jumlah keluarganya lebih ramai daripada isteri kedua. KEADILAN bila membelikan kereta Mercedes untuk isteri kedua dan membelikan MPV Mercedes untuk isteri pertama. KEADILAN apabila membelikan kain 4 meter untuk isteri keduanya kerana berat badannya 50 kg dan membelikan kain 5 meter untuk isteri pertamanya kerana berat badannya 70 kg.

Ramai yang memperjuangkan KEADILAN untuk mendapat hak yang sama.  Wanita memperjuangkan KEADILAN untuk mendapat hak yang sama seperti lelaki. Kaum Cina dan India memperjuangkan KEADILAN untuk mendapat hak yang sama rata dengan BUMIPUTERA. Kalau mengikut DEB, BUMIPUTERA hanya mengejar angka 30% yang masih tak tercapai-capai pun..kaum lain ada 70% lagi. Mungkin juga angka 30% tak patut ada menyebabkan kemampuan BUMUPUTERA terbatas...atau mungkin hak BUMIPUTERA mesti lebih kerana jumlah populasi BUMIPUTERA lebih ramai daipada kaum-kaum lain.

Itulah bukan mudah mentafsir KEADILAN. Malah ibubapa juga tidak mampu ADIL kepada beberapa orang anaknya. Insyallah jika kita meletakkan hak kepada yang hak pasti KEADILAN akan wujud dan KETAMAKAN akan membawa kehancuran.

Fadhilat amal : Nabi saw bersabda : "Sedekah itu ibarat penghalang (yang memisahkan) dari neraka, maka bila mana telah tiba hari kiamat, maka manusia itu sama-sama berteduh dengan sedekahnya sendiri-sendiri."(Hadith Shahih)(Zahratur Raiyadh)

No comments:

Post a Comment

Jangan lepaskan peluang untuk menang hadiah...mudah je kongsikan komen paling banyak dan menangi RM50.