1. Alhamdulillah setelah lebih seminggu bermusafir melawat keluarga akhirnya pulang juga aku ke rumah. Esok genap 10 hari kita berpuasa dan ini bermakna kita meninggalkan 10 malam pertama Ramadhan malam Kerahmatan dan akan memasuki 10 malam kedua bulan Ramadhan yang penuh BERKAT. Esok juga kita akan menyambut KEMERDEKAAN yang ke 52.
2. Aku lahir sebagai anak MERDEKA yang lahir setelah NEGARAKU Malaysia MERDEKA. Tetapi aku bukan dilahirkan dizaman serba pantas zaman ICT. Aku masih merasai jalan tanah merah berdebu, air telaga yang akan kering kontang di musim kemarau, dari pelita diganti lampu gasolin, dari berjalan kaki kemudian berbasikal dan menunggang motosikal, makan daging setahun sekali, melastik burung, bermain teng teng, mandi di sungai, berjalankaki ke sekolah sejauh 5 km dan banyak lagi memori silam yang pasti tidak akan dapat dilalui oleh anak-anak aku.
3. Alhamdulillah ALLAH swt telah memberi peluang Aku bermusafir lebih daripada 10 buah negara daripada negara yang kaya hinggalah negara yang miskin. Daripada yang mampu makan beratus ringgit hinggalah yang menunggu sisa makanan di belakang restaurant untuk dimakan. Aku sangatlah bersyukur kerana dilahirkan di MALAYSIA dalam keluarga beragama ISLAM. MALAYSIA terlalu istimewa jika dibandingkan dengan negara-negara lain.
4. Alhamdulillah aku anak kampung dapat mengecapi NIKMAT KEMERDEKAAN kurniaan ALLAH swt. Dari seorang kakitangan kerajaan kepada pengurus di syarikat multinasional hinggalah menjadi usahawan. Dari tinggal di rumah sewa satu bilik hinggalah mempunyai rumah sendiri 5 bilik. Dari berjalankaki, naik bas mini, motor honda cabok, drive kereta wira hingga BMW 7 series. Solat di surau kayu hinggalah ke Masjidil Haram... semua itu nikmat ALLAH hasil daripada KEMERDEKAAN.
5. Apa yang kita kecapi ini tidak datang begitu sahaja tanpa ada usaha daripada datok moyang kita dengan izin ALLAH. Semuga kita dapat mengekalkan dan menambah baik untuk anak cucu cicit dan keturunan kita akan datang. Janganlah kita tinggalkan MALAYSIA yang hancur mancur untuk keturunan kita..... insyallah selagi kita patuh dengan perintah ALLAH swt dengan cara Nabi saw kita pasti tidak tersasar daripada kejayaan dunia dan akhirat.
6. Apa makna KEMERDEKAAN untuk ANDA teman-teman ku ..............
Diriwayatkan dari Umar, bahawa dia berkata : "Pangkal ketawadhuan adalah : engkau hendaknya mendahului salam kepada orang Islam yang engkau temui, hendaknya engkau rela mengambil tempat duduk yang lebih rendah (bawah), hendaklah engkau tidak suka disebut0sebut kebaikanmu dan ketaqwaanmu." (Al Hadith)
No comments:
Post a Comment
Jangan lepaskan peluang untuk menang hadiah...mudah je kongsikan komen paling banyak dan menangi RM50.