Aku teringat Kak Ipar aku punyalah minat menonton movie TAMIL. Katanya movie TAMIL ini lebih dramatik daripada HIDUSTAN. Kak ipar kata lebih sedih dan pasti berderai air mata apabila menonton movie TAMIL. Begitu mudahnya kita menitiskan AIR MATA dengan hanya menonton cerekarama, senitron dan filem sedih maka berderailah air mata.
Jika nak dibandingkan lelaki dan wanita pasti semua mengakui bahawa wanita lebih mudah untuk menitiskan AIR MATA. Wanita pasti akan menitiskan AIR MATA apabila menghadapi masalah terutama menghadapi kerenah suami yang semakin jauh dengan keluarga. Ramai yang pasti menitiskan AIR MATA apabila keluarga kita meninggalkan kita TIDAK KEMBALI LAGI. Aku sendiri tidak dapat menahan AIR MATA apabila anak sulong aku pergi dahulu meninggalkan kami .... insyallah semuga DIA menunggu kami di pintu SYURGA.
AIR MATA itu ertinya KESEDIHAN dan tak kurang juga ada AIR MATA apabila kita BERJAYA. Bagi BABY yang masih tidak pandai bercakap AIR MATA itu ertinya mereka lapar atau mereka sudah tidak selesa dengan pampersnya yang sudah over load. Apabila BABY menangis IBU-BAPA pasti faham apa yang BABY mereka inginkan tanpa perlu diberitahu.
Begitu juga ALLAH swt apabila kita HAMBANYA menitiskan AIR MATA ketika bermunajat sujud di hadapan-Nya PASTI ALLAH swt lebih faham apa yang hamba-Nya inginkan tanpa perlu kita berbicara kepada-Nya. ALLAH swt lebih memahami hambanya daripada ibu-bapa memahami BABY yang menangis tanpa berkata.
Al kisah setelah kiamat ketika Nabi saw menyiram api Neraka yang sedang menuju umatnya, maka api itupun mati seketika. Maka Nabi saw bertanya " Ya Jibrail, air apakah ini? Belum pernah saya melihatnya yang semudah ini memadamkan api itu." Malaikat Jibrail a.s menjawab " Air ini hanya air mata, umat-Mu yang mereka menangis oleh sebab TAKUTnya kepada Allah swt di saat mereka menyendiri. Maka Allah swt telah memerintahkan aku supaya aku mengambilnya serta memeliharanya sampai waktu Engkau memerlukan untuk memadamkan api yang menyerang umat-Mu." (Mau'izhatun)
Itulah nilai SETITIS AIR MATA.......
No comments:
Post a Comment
Jangan lepaskan peluang untuk menang hadiah...mudah je kongsikan komen paling banyak dan menangi RM50.