Jadikan peristiwa ini sebagai ikhtibar :
1. Keriangan dua beradik hendak menyambut Aidilfitri bersama keluarga di Perak bertukar tragedi apabila mereka dan seorang rakan terbunuh dalam kemalangan di laluan dekat Sungai Panjang, Sabak Bernam hari ini. “Keadaan jalan ketika itu padat dengan kenderaan yang dalam perjalanan untuk pulang berhari raya. Kereta mangsa dari arah Sekinchan ke Sungai Besar tiba-tiba dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan bertembung dengan lori terbabit. “Tindakan kereta itu masuk ke laluan bertentangan secara tiba-tiba menyebabkan lori itu tidak sempat mengelak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Che Hussin tidak menolak kemungkinan pemandu kenderaan tersebut mengantuk sehingga hilang tumpuan memandu sebelum terbabit dalam nahas berkenaan. - Utusan
2. Empat sekeluarga rentung manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan yang membabitkan empat kenderaan termasuk sebuah treler di Kilometer 94.8, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan dekat sini awal pagi ini. Sebelum itu, treler terbabit yang membawa peralatan komputer dipercayai terbabas dan terbalik sehingga melintang di atas laluan lebuh raya. Seorang pemandu Naza Citra, Kamarulzaman Husain, 36, yang mengikut dari belakang tidak sempat memberhentikan kenderaannya lalu merempuh treler berkenaan. - Utusan
TERINGAT AKU KEPADA 2 ORANG ARWAH ABANG IPAR YANG MENINGGAL KEMALANGAN SELANG 40 HARI. PERISTIWA SEDIH INI MENYEBABKAN MAK MERTUA TIDAK STABIL SELAMA LEBIH KURANG 4 TAHUN. SEMUGA ARWAH DI TEMPATKAN BERSAMA MEREKA YANG BERIMAN. UNTUK KITA YANG MASIH HIDUP TOLONGLAH BERSABAR DI ATAS JALANRAYA DAN SENTIASA BERDOA SEMUGA KITA DIPELIHARA OLEH ALLAH SWT.
~Terima Kasih~
No comments:
Post a Comment
Jangan lepaskan peluang untuk menang hadiah...mudah je kongsikan komen paling banyak dan menangi RM50.