Oct 10, 2009

Sayangkan Isteri Tinggal-Tinggalkan


Isteri selalu mengharapkan suami sentiasa bersama keluarga setiap hari dan majoriti isteri mencurahkan kasih sayang segalanya kepada suami. Kerana itulah ramai isteri yang hilang pedoman apabila ditinggalkan suami samada dimadukan, diceraikan atau ditinggalkan untuk selama-lamanya.

Pepatah orang tua ada mengatakan "Sayangkan anak tangan-tangankan, Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan". Dalam Islam telah diajar bahawa kasih sayang kita jangan diutamakan kepada manusia termasuklah kepada suami atau isteri. Kita mesti paling utama menyayangi Allah swt, Nabi saw dan kemudian barulah suami ibubapa, suami dan isteri. Apabila kita terlalu menyayangi manusia apa akan berlaku apabila manusia itu tiada lagi kerana manusia ini pasti akan pergi. Tetapi apabila kita menyayangi Allah swt pasti DIA kekal abadi.

Tak kurang ramai isteri yang mengongkong suami supaya duduk di rumah sahaja bersama keluarga kerana takut dikebas wanita lain. Yang terbaik galakkan suami supaya mencari ilmu terutama ilmu agama untuk keperluan keluarga. Jangan terlalu risau apabila suami meninggalkan keluarga untuk beberapa waktu jika tujuannya baik. Jangan ada prasangka buruk apabila suami keluar kerana itu juga doa yang terus pada Allah tanpa hijap.

Isteri adalah hak untuk suami dan suami adalah insan yang mesti dipatuhi oleh isteri tetapi suami bukan hak seorang isteri. Syurga suami di bawah tapak kaki ibunya tetapi syurga isteri di bawah tapak kaki suaminya. Tugas isteri mendidik anak-anak yang dilahirkan. Tugas suami mendidik isteri yang dikahwini jika tidak mampu wajib suami mencarikan guru. Apa yang isteri buat akan dipersoalkan kepada suami kelak tetapi apa yang suami buat tidak akan dipersoalkan kepada isterinya kelak.

Kita pasti berharap bahawa kita juga kelak akan bertemu sebagai suami isteri di syurga yang kekal abadi.

~Terima Kasih~

No comments:

Post a Comment

Jangan lepaskan peluang untuk menang hadiah...mudah je kongsikan komen paling banyak dan menangi RM50.