Tahun lepas kami bercuti di Sumatera dan kali ini kami pilih Genting untuk projek cuti-cuti Malaysia. Dah bertahun juga kami sekeluarga tidak menjejaki kaki di tempat sejuk ni. Seingat aku kali terakhir kami ke sini ketika anak bongsu aku masih berumur setahun lebih.
Setiba kami di lobi hotel anak-anak aku bergegas ke toilet. Sekembali daripada toilet aku lihat muka anak dara aku yang baru berumur 11 tahun pucat lesi. Dia berbisik-bisik dengan ibunya. Aku lihat muka wife aku macam muka terkejut je dan ini membuatkan aku tertanya-tanya. Beberapa minit kemudian wife beritahu kakak datang bulan untuk kali pertama. emmm patutlah kakak nampak panik betul.
Buat sementara kami lupakan urusan check ini hotel. Wife aku membantu anak dara aku menguruskan datang bulan pertamanya supaya dia tenang dan tidak panik. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan 2 jam kemudian anak dara aku dah boleh naik Flying Coaster dan Roller Coaster bersama abangnya.
Wife aku kata semua wanita tidak akan lupa hari datang bulan pertama mereka. Katanya dulu dia menangis sepanjang hari kerana panik dan tak faham darah apa yang keluar. Itulah manusia yang merupakan ciptaan Allah yang paling sempurna di antara 18,000 makhluk yang lain. Cuma kekadang kita sahaja yang tidak dapat menilai kesempurnaan kita sehingga kita sering takut untuk HIDUP BERANI UNTUK GAGAL.
@ Aku pun tak lupa masa kena sunat kat klinik belakang masjid tu.
~penGOMEL pertama~
No comments:
Post a Comment
Jangan lepaskan peluang untuk menang hadiah...mudah je kongsikan komen paling banyak dan menangi RM50.