Oct 17, 2014

Apa salahnya suami berpoligami?

Firman Allah SWT yang ertinya : “Dan jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bila mana kamu menikahinya), maka nikahilah perempuan (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil, maka nikahilah seorang saja atau hamba sahaya perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu lebih dekat agar kamu tidak berbuat zalim” An-Nisa 4:3.
Allah SWT membenarkan suami untuk berkahwin lebih daripada satu jika mampu. Kemampuan yang dimaksudkan bukan sekadar harta benda dan seks tetapi melangkau dunia dan akhirat bagi mereka yang faham.

Kepada yang sudah dan akan berpoligami :
1. Jangan bandingkan isteri pertama dengan kedua dengan ketiga dan keempat kerana setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri.
2. Jangan abaikan anak-anak yang pasti terkejut apabila mengetahui ayahnya sudah berkongsi kasih sayang. Anak-anak adalah pelaburan kita untuk akhirat kelak sekiranya kita mempu mendidik menjadi anak yang soleh.
Baca juga :
3. Jangan sangka harta benda dapat menganti kasih sayang kepada isteri pertama dan anak-anak.
4. Perbaiki komunikasi kerana kegagalan berkomunikasi dengan baik adalah faktor paling utama kegagalan berpoligami.
5. Jadi agama sebagai landasan untuk menyatukan keluarga pertama dan kedua dan ketiga dan keempat.
Kehidupan kita bukan sekadar untuk fikir dunia sahaja tetapi yang paling utama adalah kehidupan di akhirat kelak. Justeru itu setiap tindakan kita perlu diseimbangkan dunia dan akhirat. Kegagalan berlaku adil bermakna kita menzalimi diri kita sendiri yang akan mendatangkan murka Allah SWT.

12 comments:

  1. Tak salah berpoligami...yg penting smua pihak saling bertimbang rasa dan bertolak ansur

    ReplyDelete
  2. Kalau takut dilambung ombak jgn berumah di tepi pantai...

    ReplyDelete
  3. Bermadu ada pahit n manis ye...
    Ape pun harus sentiasa berfikiran positif
    jgn brsangka buruk pada madu kita
    àpe pun yg brtanggungjwp adalah suami
    dia la pemimpin kita, imam kita, nakhoda kita
    Karam dia, karam la kita

    ReplyDelete
  4. Tak ada wanita yang sanggup. Tapi terpaksa redha kalau dah ketentuan allah..jd isteri muda lebih perit sbb terlalu banyak benci dan fitnah. Suami terpaksa lebihkan yang tua demi mejernihkan kaadaan. Walaupun punya nafkah yang cukup, tapi hidup bagaikan bersendirian menjalani rutin dengan anak2. Sepuluh tahun berkawin, cuma sekali dpt berhari raya dengan suami. Anak2 pun sering merindui kasih seorang ayah. Wahai wanita sekalian. Selidiklah sedalam mungkin siapa lelaki yang kalian akan nikahi. Ujian sbg isteri muda sungguh berat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya doakan awak sntiasa tabah menjalani hidup bermadu..in shaa Allah besar ganjaran dan hikmah utk awak

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Tidak salah asalkan si suami tahu tanggungjawabnya yang sebenar

    ReplyDelete
  7. ada best, ada jugak yg tak bestnye.

    yang penting kena adil. ��

    ReplyDelete
  8. Saya doakan awak sntiasa tabah menjalani hidup bermadu..in shaa Allah besar ganjaran dan hikmah utk awak
    pure cotton flat sheets

    ReplyDelete

Jangan lepaskan peluang untuk menang hadiah...mudah je kongsikan komen paling banyak dan menangi RM50.