Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Oct 17, 2014

Apa salahnya suami berpoligami?

Firman Allah SWT yang ertinya : “Dan jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bila mana kamu menikahinya), maka nikahilah perempuan (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil, maka nikahilah seorang saja atau hamba sahaya perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu lebih dekat agar kamu tidak berbuat zalim” An-Nisa 4:3.
Allah SWT membenarkan suami untuk berkahwin lebih daripada satu jika mampu. Kemampuan yang dimaksudkan bukan sekadar harta benda dan seks tetapi melangkau dunia dan akhirat bagi mereka yang faham.

Kepada yang sudah dan akan berpoligami :
1. Jangan bandingkan isteri pertama dengan kedua dengan ketiga dan keempat kerana setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri.
2. Jangan abaikan anak-anak yang pasti terkejut apabila mengetahui ayahnya sudah berkongsi kasih sayang. Anak-anak adalah pelaburan kita untuk akhirat kelak sekiranya kita mempu mendidik menjadi anak yang soleh.
Baca juga :
3. Jangan sangka harta benda dapat menganti kasih sayang kepada isteri pertama dan anak-anak.
4. Perbaiki komunikasi kerana kegagalan berkomunikasi dengan baik adalah faktor paling utama kegagalan berpoligami.
5. Jadi agama sebagai landasan untuk menyatukan keluarga pertama dan kedua dan ketiga dan keempat.
Kehidupan kita bukan sekadar untuk fikir dunia sahaja tetapi yang paling utama adalah kehidupan di akhirat kelak. Justeru itu setiap tindakan kita perlu diseimbangkan dunia dan akhirat. Kegagalan berlaku adil bermakna kita menzalimi diri kita sendiri yang akan mendatangkan murka Allah SWT.

Entri lain yang menarik



Widget by Hoctro | Jack Book

11 comments:

Anonymous,  October 17, 2014 at 11:10 AM  

Tak salah berpoligami...yg penting smua pihak saling bertimbang rasa dan bertolak ansur

Anonymous,  October 17, 2014 at 11:18 AM  

Kalau takut dilambung ombak jgn berumah di tepi pantai...

Anonymous,  October 18, 2014 at 12:43 AM  

Bermadu ada pahit n manis ye...
Ape pun harus sentiasa berfikiran positif
jgn brsangka buruk pada madu kita
àpe pun yg brtanggungjwp adalah suami
dia la pemimpin kita, imam kita, nakhoda kita
Karam dia, karam la kita

Anonymous,  October 19, 2014 at 1:40 AM  

Tak ada wanita yang sanggup. Tapi terpaksa redha kalau dah ketentuan allah..jd isteri muda lebih perit sbb terlalu banyak benci dan fitnah. Suami terpaksa lebihkan yang tua demi mejernihkan kaadaan. Walaupun punya nafkah yang cukup, tapi hidup bagaikan bersendirian menjalani rutin dengan anak2. Sepuluh tahun berkawin, cuma sekali dpt berhari raya dengan suami. Anak2 pun sering merindui kasih seorang ayah. Wahai wanita sekalian. Selidiklah sedalam mungkin siapa lelaki yang kalian akan nikahi. Ujian sbg isteri muda sungguh berat.

Anonymous,  October 23, 2014 at 11:28 PM  

Saya doakan awak sntiasa tabah menjalani hidup bermadu..in shaa Allah besar ganjaran dan hikmah utk awak

Anonymous,  October 23, 2014 at 11:29 PM  

Sangat setuju

Hafiq Salmah November 20, 2014 at 3:42 PM  
This comment has been removed by the author.
Norains Sulaiman July 21, 2015 at 12:34 AM  

Tidak salah asalkan si suami tahu tanggungjawabnya yang sebenar

Nazri November 26, 2016 at 10:25 PM  

ada best, ada jugak yg tak bestnye.

yang penting kena adil. ��

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP