Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Jul 17, 2008

Matlamat Hidup

Pernah tak kita terfikir bahawa majoriti daripada kita tiada matlamat hidup ...ibarat kapal ditengah lautan tanpa haluan ikut angin kemana nak dibawa. AKU pernah menghadiri seminar motivasi, kami diberi masa 10 minit untuk menuliskan 5 matlamat hidup yang jelas ...percaya tak hampir 80% tiada matlamat yang jelas dan ada yang lansung tak tulis apa-apa.

Wah wah bagaimana tu ya???? Tu la jadi nya negara kita ni ...ramai sangat warganya yang tiada matlamat hidup yang di tentukan oleh segelintir manusia yang ada matlamat hidup. Kejayaan itu bermula dari diri sendiri dari rumah sendiri ...cuba bayangkan kalau setiap dari kita ada matlamat hidup ..pasti lebih ramai individu yang berjaya dan hasilnya pasti terus pada masyarakat, bangsa dan negara.


Baru-baru ni AKU tengok program Oprah, salah seorang jemputannya mempraktiskan bertanya pada diri nya setiap pagi : What do I really really really want today? Dia akan menjawab kepada dirinya bersungguh-sungguh apa yang dia nak lakukan pada hari tersebut. Dia dah amalkan pertahun-tahun dan hasilnya memang HEBAT. Pernah tak kita tanya pada diri kita apa yang kita nak kan pada setiap hari atau hanya sekadar bangun dan terus hidup tanpa haluan kecuali membuat kerja-kerja yang diarahkan oleh Bos kita. Jadi kita bukan Bos pada diri kita ...orang lain yang mengawal diri kita.

Kalau nak bagus lagi kita ikut cara Islam. Bangun pagi solat sunat fajar sebelum subuh mengucap syukur kita di hidupkan lagi, kemudian solat sunat israk 45 minit selepas abis waktu suboh memohon di beri Rahmat sebagaimana Allah menerangi alam ini dengan cahaya matahari setiap hari, kemudian solat sunah duha memohon kebaikan dan rezeki dan di tutup dengan solat witir menanda kesyukuran kerana telah di beri rahmat dan kehidupan sepanjang hari tersebut.... Islam dan menunjukkan jalan cuma AKU aje selalu lalai dengan kehidupan yang sementara ini ...Yaa ALLAH maafkan aku!!!

Entri lain yang menarik



Widget by Hoctro | Jack Book

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP