Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Jul 13, 2008

Politik Yang Bingung


Keadaan politik kita sekarang memang membingungkan sebingung dunia yang tak menentu. Ahli-ahli politik dah tak sabar-sabar nak jadi ketua. Sekarang ahli politik yang memilih diri sendiri untuk jadi pemimpin dan kita rakyat perlu suka dengan kesukaan mereka.

Aku ada terdengar dari sumber-sumber yang agak bagus juga yang DSIA nak sangat jadi PM tak kisah lah samada di di Pakatan atau UMNO (sedang tunggu pelawaan dari UMNO untuk lead dari boleh jadi PM). Ni gawat juga kan ...sungguh-sungguh benar DSIA nak jadi PM ... harap-harap tak ada udang sebalik mee ...tapi insyallah kalau DSIA jujur, Allah akan mudahkan...sebab bagi aku manusia boleh merancang tetapi Allah yang tahu segalanya.... Dia tau walaupun sebiji debu yang jatuh di atas batu hitam di malam yang gelap gelita.

Bagi aku soal siapa jadi PM itu ketentuan Allah sepenuhnya ... dulu pernah tak kita fikir Pak Lah boleh jadi PM. Aku rasa sorang pun tak fikir gitu. Tapi sekarang ramai yang salahkan Chedet pilih Pak Lah.
.. aku tak pernah salahkan Chedet sebab bagi aku dia hanya penyebab...pasti ada HIKMAHNYA kenapa Allah ilhamkan ... kita tunggu samada Najib akan jadi PM 2010 atau DSIA lebih awal dari itu...

Entri lain yang menarik



Widget by Hoctro | Jack Book

3 comments:

shahdi July 16, 2008 at 8:47 PM  

tak kira sesiapun pemimpin lebih baik diingatkan UTAMAKAN RAKYAT.

shahdi July 16, 2008 at 8:51 PM  

Hapuskan perkauman + warna kulit + parti yang bersifat perkauman + subsidi + hak hak yang tak releven = perpaduan + cintakan malaysia

Al-Mukjizat July 17, 2008 at 2:03 AM  

Ramai sangat pemimpin yg pentingkan kantung mereka ...kehidupan mereka ...kita rindukan perjuang seperti dulu-dulu ...mungkin ada tapi pasti terpinggir

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP