Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Jul 24, 2008

SayangKan Anak Pukul-pukul Kan

Sayangkan anak belikan pistol, senapang dan pedang mainan???

Bukankah ini mengajar anak dengan keganasan ..kenapa tak kita belikan mainan yang boleh membina minda anak-anak kita.

Kalau tak dibelikan kesian ..nanti menangis ..rimas lah dengar budak-budak menangis. Kita ibubapa zaman modern ini suka ambil jalan senang tidak seperti ibubapa kita dulu yang begitu teliti mendidik anak-anak. Adakah kesian tidak membelikan mainan pistol dan senapang itu baik untuk masa depan anak-anak? Adakah dengan mendiamkan anak-anak dari menangis dengan membelikan permainan yang tidak membina minda itu baik untuk masa depan anak-anak...

Ramai ibubapa yang merotan anak tapi berapa ramai yang merotan anak kerana mendidik ..atau kita merotan kerana anak kita sering menganggu kita, menganggu adik-adiknya..kenapa pulak anak-anak menganggu ibubapa dan adik-adiknya??? Bukan kah kerana anak-anak kita tidak mendapat cukup masa bermain-main dengan ibubapa yang sentiasa sibuk mencari rezeki!!

Atau kita lansung tak pernah rotan akan kita sebab anak kita sentiasa yang terbaik walaupun anak kita nakal di sekolah atau dengan jiran-jiranya. Kita sanggup bertegang lihir dengan guru-guru dan tak bertegur sapa dengan jiran yang menegur anak-anak kita. aku masih ingat masa kecil-kecil tinggal di kampung, semangat kekeluargaan sangat tinggi. Anak kita anak kita, anak jiran pun macam anak kita dan anak kita macam anak jiran..jadi siapa menegur siapa memang tak jadi masalah..janji jadi manusia.

Semuga anak-anak kita menjadi Manusia...insyallah.

Entri lain yang menarik



Widget by Hoctro | Jack Book

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP