Ilmu, Amal dan Ikhlas
Tuntutlah ilmu sehingga negeri China, dari dalam buaian sehingga ke liang lahat. Ayat Al-Quran pertama yang diturunkan Allah ke umatnya melalui Rasulullah juga meminta kita mencari ILMU...
Setelah kita ada ilmu apa pula hak ilmu itu??? Hak ilmu adalah AMAL. Amal tanpa ilmu menyesatkan, Ilmu tanpa amal merosakkan. Sheikh Qadir Jailani dalam bukunya mengatakan manusia tanpa ilmu itu sekali bodoh tapi manusia dengan ilmu tapi tak mengamalkan itu 7 kali bodoh.
Apa pulak hak AMAL itu?? Hak amal itu IKHLAS... amalan yang tidak ikhlas hanya sia-sia. Ikhlas ini ibarat semut hitam di atas baru hitam di malam yang gelap gelita. Apabila semut bergerak Allah pasti tau walaupun manusia tidak tahu..
Nasihat untuk aku sendiri kejarlah ilmu, amalkan dan buatlah seikhlas-ikhlasnya..kerana Allah SWT.
4 comments:
Marilah kita pelajari ilmu yang bermanfaat, kemudian kita amalkan dengan ikhlas sekecil apapun ilmu itu yang penting bermanfaat bagi kemaslahatan ummat ..
Ilmu itu kalua gak diamalkan utk apa kita pelajari ..???
Terima kasih sudi kongsi ilmu..memang betul kita mesti mencari ilmu yang memberi manafaat bukan untuk kita sahaja tapi juga untuk umat.
Hebat gitu...
Menuntut ilmu adalah satu tuntutan agama dan juga salah satu sifat yg ada pada sahabat r.a.d'anhum.
Niat belajar ilmu hendaklah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah swt dan membina kehidupan akhirat.
Dalam satu hadith Rasulullah s.a.w. pernah ditanya mengenai apa maknanya Iman (faith). Maka Nabi s.a.w. menjawab "Maksud Iman adalah Ikhlas (sincerity)". Maka iklaslah kita mencari ilmu supaya Iman kita sempurna, insyaAllah.
Waallahua'lam.
Saudara Rosli terima kasih berkongsi Hadis. Umat Islam memang sudah jauh dengan ilmu dan ilmu pun menjauhkan diri dari Umat islam. Itulah sebabnya kita semua jauh ketinggalan dunia dan akhirat...
Post a Comment