Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Mar 3, 2009

Bolehkah POLITIK bawa bekal MATI?

Wooww! kian hari kian panas politik negara kita. Emmm adakah kita menuju kehancuran atau kebaikan? Allah juga lah yang MAHA tau.

Aku rasalah kalau Malaysia ni negara miskin dan tandus tiada apa-apa mungkin ahli politik ni tak terkejar-kejar sangat macam ni. Kenapa kesungguhan berpolitik ini tidak dibuat untuk menegakan Islam jadi lebih hebat dan termasyur. Ahli politik dan penyokong-penyokongnya yang offline dan online begitu bersungguh-sungguh memperjuangkan ediologi masing-masing.



Yang Aku ingatlah janji Allah hanya Amalan yang baik, Anak yang soleh, Infaq yang ikhlas dan Ilmu yang baik sahaja menjadi bekalan Manusia bila berjumpa dengan NYA di Akhirat kelak. Hanya mereka yang beriman dan bertawqa dijanjikan Allah syurga. BUKAN ahli parti ini atau itu juga bukan puak ini atau itu.

Ya Allah berilah pertunjuk kepada Aku supaya membuat apa juga pekerjaan di muka bumi MU ini kerana MU bukan kerana yang lain...sesungguhnya aku takut siksa mu Ya Allah.

Entri lain yang menarik



Widget by Hoctro | Jack Book

Comments (7)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
ya boleh..sesiapa menolak politik bermakna dia menolak kesyumulan islam
1 reply · active 839 weeks ago
syed izham terima kasih komentarnya....semuga politik tidak menjadi keutaman yang terutama dalam hidup kerana ianya hanya sebahagian kecil dari nilai kehidupan.
politik itu wadah ...
[apa yg tak boleh ditegakkan melalui Quran perlu ditegakkan melalui kuasa .. so kena ada kuasa baru boleh tegakkan daulah sebenarnya .. bukan ambil yg kita suka dan tinggalkan apa yg kita tak suka]
1 reply · active 839 weeks ago
Hydir politik memang perlu dalam sebuah negara dan yang terbaik adalah politik cara Rasulullah. Semuga semua ahli politik Muslim kita berjuang kerana Allah bukan kerana kuasa atau sebab-sebab lain. Jangan juga kita suatu hari nanti seperti Palestin...
Apa2 sahaja walaupun sekecil mana tetap akan dibawa mati.
selalu kita belajar hukum solat ustaz akan terangkan perkara yang batalkan solat, kalau hukum puasa juga perkara yang batalkan puasa, tapi kenapa bila perkara syahadah iaitu mengucap dua kalimah kita tidak peka dengan perkara yang membatalkannya. kita mengaku Allah itu Esa dalam sifat, af'al dalam segala ketentuanNya, HukumNya tapi ada pula manusia yang buat hukum lain dan jadikannya pegangan hidup ( termasuk ISA ), ini dah jadi syirik dan terbatal syahadah, implikasinya semua amalannya tertolak, tiada apa yg dapat menjadi bekalan bila kita mati. Aqidah Islam sangat jelas, bukan sembah berhala saja kita jadi syirik, ambil cara hidup yg lain dari Islam juga maksudnya menyembah selain Allah. Renung-renung dan fikir-fikirkan
Abu Zaied terima kasih di atas perkongsian yang baik untuk kita sama-sama fikirkan ...manusia akhir zaman lebih memikirkan dunia kerana dunia itu nampak nyata dan jelas tapi syurga dan neraka itu GHAIB...kita yakin kerja, bisnis dan usaha itu memberi rezeki secara tak lansung kita kurang yakin bahawa rezeki itu dari ALLAH melalui usaha yang di ilhamkan kepada manusia untuk dilaksanakan dengan sungguh2....

Post a new comment

Comments by

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

The last comments for

BERANI GAGAL NETWORK : Dapat Wang Segera

vynn

Ini adalah artikel informatis yang sangat...

July 19, 2022 09:03:29 Jump to

Lukman

Penjelasan yang sangat baik tentang July 19, 2022 08:57:36 Jump to

The last comments for

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL update syarat

5,999 comments

by 1,639 readers

IntenseDebate

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP