Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Apr 27, 2009

Jangkitan Selsema Babi

 Petikan Utusan Malaysia "Angka kematian akibat jangkitan selesema babi di Mexico meningkat kepada 103 orang hari ini ketika 400 orang dimasukkan ke hospital dan kira-kira 1,600 yang lain disyaki dijangkiti penyakit tersebut. Wabak yang berlaku di Mexico sejak beberapa hari lalu ini telah mencetuskan kebimbangan global kerana beberapa kes juga dilaporkan di Amerika Syarikat dan Kanada.Kemungkinan jangkitan juga sedang diperiksa di Eropah, Israel dan New Zealand.
Jutaan rakyat Mexico kini berkurung di rumah dan mereka yang keluar memakai topeng mulut, terutamanya di Mexico City yang menyaksikan kerajaan menghentikan acara awam dan menutup muzium, bar dan stadium dalam usaha mengawal jangkitan. – Reuters


 Firman Allah surah Fussilat ayat 9 -13 yang ertinya : Katakanlah, "Bolehkah kamu ingkar kepada Tuhan yang mencipta bumi dalam 2 masa dan kamu adakan pula sekutu-sekutu bagi Nya? Itulah Tuhan seluruh alam". Dan Dia ciptakan padanya gunung-gunung yang kukuh di atasnya. Dan kemudian Dia berkahi, dan  Dia tentukan makanan-makanan bagi penghuninya dalam 4 masa, memadai untuk memenuhi keperluan mereka yang memerlukannya. Kemudian Dia menuju ke langit dan langit itu masih berupa asap lalu Dia berfirman kepadanya dan kepada bumi "Datanglah kamu berdua menurut perintah Ku dengan patuh atau terpaksa". Keduanya menjawab "Kami datang dengan patuh". Lalu dicipta Nya 7 langit dalam 2 masa dan pada setiap langit Dia wahyukan urusan masing-masing. Kemudian langit yang dekat dengan bumi, Kami hiasi dengan bintang-bintang dan Kami ciptakan untuk memelihara. Demikianlah ketentuan Allah yang Mahaperkasa. Maha mengetahui. Jika mereka berpaling maka katakanlah "Aku telah memperingatkan kamu akan bencana petir yang menimpa kaum Ad danSamud".

Allah telah menurunkan pelbagai bencana di atas muka bumi seperti Tsunami di Aceh, gempa bumi di China, katrina di USA, ribut besar di Bangladesh dan banyak lagi bencana yang menelan mangsa ratusan ribu tetapi Adakah umat manusia mengambil pengajaran dari Nya?  Atau kita bertambah angkuh mengejar harta, kuasa dan pangkat dengan meninggalkan ajaran Allah yang telah diturunkan melalui Nabi Muhamad saw.

Firman Allah surah Al-Hadid ayat 22 yang ertinya : Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri semuanya telah tertulis dalam Kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah.

Adakah Selsema Babi @ swine flu ini suatu lagi bencana yang akan menelan jutaan umat manusia seperti yang dijangka oleh ramai ahli saintis bahawa akan berlaku suatu wabak virus  dalam dekad terdekat ini yang akan membunuh jutaan manusia.




Firman Allah surah Ar-Rahman ayat 37-38 yang ertinya : Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi merah mawar seperti kilauan minyak. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Menangi Hadiah RM500 di sini


~Terima Kasih~

Entri lain yang menarik

Islam


Widget by Hoctro | Jack Book

Comments (46)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
macam2 jenis selsema...hmm.semoga kita sentiasa dibawah rahmat allah.
1 reply · active 831 weeks ago
Dalam keadaan seperti ini umat islam kena selalu qiamullail dan bermunajjat kepada Allah Azzawajjalla...
1 reply · active 831 weeks ago
hrm.. memang macam2 wabak datang akhir2 ni..
1 reply · active 831 weeks ago
selsema skrg ni.. ni yg buat jadi takut.
mudah²an dilindungiNya..
1 reply · active 831 weeks ago
terkejut gak mase baca berita pasal demam ni dan menakutkan..mudah2an dilindungi..
1 reply · active 831 weeks ago
Salam denaihati,

Moga-moga kita semua dilindungi ALLAH hendaknya.

Terima kasih sudi singgah ke Restnrileks. Nama denai hati ni macam familiar, rupanya ada kat blog Kak Emi juga komentarnya. Huhu.

Kandungan blog ini bagus juga. Macam-macam faedah ada. Selamat berblogging.
1 reply · active 831 weeks ago
seme tu bala dari Allah..
atas sebab manusia sendiri.
cuba renungkan bersama....
1 reply · active 831 weeks ago
itulah kehebatan sains sekarang..
mampu detect penyakit baru..
tp penawar xde lg..
sme2 la kte berdoa..
1 reply · active 831 weeks ago
Mudah2an kita dijauhi dari bencana begini..kesian pada anak cucu kita..
**Happy Bithday Denaihati..moga2 hidupmu diberkati dan dipermudahkn..InsyaAllah..**
1 reply · active 831 weeks ago
Selama saya hidup,
inilah baru kali pertama dengar tentang wabak SELSEMA BABI ni.
Yer la kan, dulu kecoh pasal selsema burung la, SARS la dan macam2 lagi.
Tup-tup sekarang ni, selsema babi pulak yang muncul.
Ish ish ish…macam-macam perkara pelik yang berlaku
dalam dunia akhir zaman ini.
Mungkinkah ini adalah tanda-tanda hari sudah nak kiamat?
2 replies · active 827 weeks ago
Salam, izinkan saya mencelah disini. Hakikatnya manusia hidup di dunia bukan untuk tinggal tetapi untuk pergi. Tidak ada seorang pun yang akan tinggal di dunia, manusia sebenarnya berpindah dari satu alam ke satu alam yang lain. Ini adalah satu ketetapan dan wabak ini juga merupakan satu peringatan. Soalannya sudahkan kita bersedia?
1 reply · active 830 weeks ago
hidup di dunia hanya sementara.. di Akhirat juga selamanya
1 reply · active 828 weeks ago
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, pesakit pertama di Malaysia merupakan seorang pelajar lelaki berumur 21 tahun yang baru pulang dari Amerika Syarikat (AS) pada 13 Mei lalu.

Beliau berkata, pesakit tersebut mengalami demam, sakit tekak, sakit badan pada semalam dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama.

Source :http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&a...
2 replies · active 828 weeks ago
Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua penumpang yang menaiki pesawat penerbangan Malaysia MH091 segera membuat pemeriksaan kesihatan di Jabatan Kesihatan terdekat.

Perdana Menteri mengeluarkan arahan itu berikutan setakat ini dua penumpang pesawat tersebut telah disahkan positif influenza A (H1N1).

source : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&a...
3 replies · active 827 weeks ago
kita kena jaga kesihatan sbb x boleh dibeli dgn duit.
1 reply · active 826 weeks ago
Seorang pelajar Malaysia yang pulang bercuti dari Amerika Syarikat Isnin lepas merupakan kes ketiga positif influenza A (H1N1), umum Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Beliau berkata pelajar yang berusia 23 tahun itu telah menaiki Penerbangan Malaysia MH091 dari Amerika Syarikat dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 7.15 pagi Isnin lepas.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&a...
Kementerian Kesihatan mengesahkan dua lagi rakyat Malaysia positif jangkitan virus influenza A (H1N1) menjadikan 11 kes setakat ini.

Kedua-dua kes terbaru itu membabitkan seorang remaja berusia 17 tahun dan seorang wanita 41 tahun yang baru pulang dari bercuti di luar negara.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&a...
Kes selesema babi, influenza A (H1N1) di negara ini terus meningkat dengan 12 lagi kes baru dikesan. Ia membabitkan 10 kes import baru dan dua jangkitan tempatan.

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&d...
setiap apa yang berlaku ini disebabkan tangan2 manusia itu sendiri
Hydir aku rasa ni kali going to be very worse lah...jangan jadi macam tahun 1918 dah lah @ http://denaihati.blogspot.com/2009/06/selsema-bab...
Jangkitan wabak selesema A (H1N1) meningkat 38 kes lagi - rekod tertinggi peningkatan dalam masa sehari sejak kes pertama Mei lalu.Daripada jumlah tersebut, lima kes penularan tempatan disahkan, menjadikan jumlahnya 30 kes sejak 17 Jun lalu. Peningkatan terbaru ini menjadi jumlah keseluruhan 196 kes.

http://www.malaysiakini.com/news/107595
Jangkitan wabak selesema A (H1N1) terus menular dengan cepat apabila negara merekodkan 48 kes baru hari ini, termasuk lapan kes tempatan, menjadikan jumlah semuanya 144 kes.

http://www.malaysiakini.com/news/107690
Sebanyak 47 kes baru selesema babi atau Influenza A (H1N1) dikesan sehingga pukul 8 pagi ini, melibatkan 41 kes import dan enam kes jangkitan tempatan. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini meningkat kepada 291 kes dengan 44 daripadanya merupakan jangkitan tempatan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&a...
Wabak selesema babi atau Influenza A (H1N1) kini semakin meningkat tanpa henti dan semua negara perlukan vaksin, kata seorang pegawai Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) hari ini menyusul 12 kematian baru yang dilaporkan.

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&d...
Nak tanya... kepada sesiapa yang boleh tolong jawab persoalan yang saya masih belum mampu mendapat jawapan yang tepat. Tentang selsema babi. Nama sains HINI nama glamor selsema babi. Tapi sekarang ni ada kaitan tak dengan babi... nama ada... penyakit adakah dari simptom babi. Kalau dulu selsema burung habis ayam sekampung dibunuh kesian orang kampung. Tapi kalau selsema babi tak dengar pun babi dimusnahkan. Babi dengan ayam memang ada beza tapi penyakit.... tu.. he... tak paham saya.... tolong le jawab....

Post a new comment

Comments by

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

The last comments for

BERANI GAGAL NETWORK : Dapat Wang Segera

vynn

Ini adalah artikel informatis yang sangat...

July 19, 2022 09:03:29 Jump to

Lukman

Penjelasan yang sangat baik tentang July 19, 2022 08:57:36 Jump to

The last comments for

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL update syarat

5,999 comments

by 1,639 readers

IntenseDebate

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP