Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

May 20, 2009

Malaysia negara Islam satu metos


Minggu lepas saya ada berkongsi idea saya tentang 1Malaysia. Ada beberpa komen yang membina dan harapan mereka keatas gagasan 1Malaysia. Saya tertarik dengan komen abe_fatih tetapi malangnya beliau tidak meninggalkan jejak laman blog atau email. Komen beliau :

Bagi saya, tidak kiralah 1 apa sekalipun, jika Islam bukan dasarnya maka sama juga. Bukan memperlekehkan konsep itu tapi untuk menilai kembali ke arah mana perjuangan konsep itu. Nak menegakkan Islam bagaimana jika pemimpin bukan dari kalangan yang faham dan mahu amalkan agama dalam diri sendiri, keluarga, dan masyarakat. Kenapa tidak 1Malaysia itu cita-cita jangka panjangnya adalah mahu menegakkan hukum Islam sebagai undang-undang yang utama?

Saya bersetuju dengan komen abi_fatih, sebagai umat Islam apa lagi yang terbaik selain dari undang-undang ALLAH swt yang telah terbukti boleh membawa hidayah kepada dunia dan seisinya.

Dalam suasana di Malaysia siapa yang boleh kita harapkan? Mungkin dulu aku boleh mengharapkan kepada PAS. Tapi PAS dulu lain PAS sekarang lain. Keyakinan untuk menjadikan ISLAM sebagai landasan mungkin sebagi metos sahaja bagi PAS sekarang kerana kalau PAS yakin seyakin yakin nya kepada dasar ISLAM sudah pasti PAS tidak akan berpakat dengan musuh ISLAM..tetapi aku yakin PAS ada alasannya sendiri terutama TG Nik Aziz, yang tidak meyakinkan aku dan ramai lagi diluar sana. Bagi aku kalau kita yakin kepada ALLAH swt seyakin yakinnya pasti perjuangan Islam diteruskan tanpa perlu berpakat dengan kumpulan yang sudah jelas menentang ALLAH swt.

Rasulullah saw bersabda yang ertinya :

Allah swt mengatakan bahawa Aku (Allah) sentiasa berada menurut sangka dan keyakinan hambaku terhadap Aku, dan Aku selamanya besertanya.


Harapan aku semuga suatu hari ALLAH swt akan turunkan pemimpin yang akan membawa Malaysia ke atas landasan ISLAM yang sebenarnya...berdasar Al-Quran & Hadith tanpa perlu berkompromi dengan musuh-musuh Islam. Biar kita memimpin jangan kita dipimpin oleh musuh-musuh Islam.
~Terima Kasih~

Entri lain yang menarik



Widget by Hoctro | Jack Book

Comments (21)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
hurm.. secara peribadi, memang agak sukar utk menjadikan malaysia sbgai sebuah negara yg 100% berlandaskan islam kerana lihat saja kpd pemimpinnya.. mereka tdk pernah memikirkan utk menjadikan malaysia sebagai sebuah negara yg perlu dipimpin berlandaskan islam spenuhnya krn perdana menteri sendiri gagal memimpin isterinya untuk mengikuti ajaran islam itu sendiri dimana beliau membiarkan isterinya mendedahkan aurat kpd umum sedangkan aurat itu bagi mereka yg beragama islam adalah wajib ditutup. alasan yg selalu kita dgr mengapa kepimpinan berlandaskan islam ini tdk dipraktikkan adalah kerana malaysia merupakan sebuah negara yg berbilang kaum.. alasan yg sungguh tdk boleh diterima akal.. bak kata org, dimana ada kemahuan, di situ ada jalan.. dan jelaslah bahawa malaysia kini sudahpun dipimpin oleh musuh2 islam sebenarnya.. cuma kita sahaja yg masih tdk sedar atau cuma buat2 tdk nmpak.. allahualam..

p/s: sekadar pandangan.. jika ianya x releven, boleh saja di'delete..
3 replies · active 829 weeks ago
ini bukan melibatkan kesungguhan tetapi lebih kritis lagi soal KEYAKINAN TAUHID kita kepada ALLAH swt. memang semua umat islam akan kata kita yakin pada ALLAH tapi berapa % keyakinan kita 5%, 10%, 20%, 30% atau seyakin-yakinnya seperti Bilal bin Rabah yang tetap yakin walaupun terus disiksa oleh musuh2 islam.
ckp pasal yakin ni.. nmpaknya masih ramai antara kita yg beragama islam tdk yakin pd Allah (lebih tepat kewujudannya).. ini dpt kita lihat sendiri dalam kehidupan di sekeliling kita.. jika kita yakin pd Allah, knp masih ada yg meninggalkan suruhannya (sembahyang).. jika yakin kpd-nya, knp masih ramai muda-mudi yg bkn mahram bergaul bebas seperti mahram.. nmpaknya Islam itu hanya pd nama.. sedih '(
Ini soal asas didikan jika dari awal anak2 kita tidak dikenalkan pada ALLAH bagaimanalah mereka nak kenal ALLAH bila dah dewasa kecuali mendapat HIDAYAH dari ALLAH. aku ingat kecik2 dulu emak & abah aku suruh sembahyang dan puasa tetapi tak pernah nak kenalkan aku dengan ALLAH...dan berapa ramai ibubapa yang begitu..kenapa kerana mereka juga dulu begitu. Jadi apa jadi pada ibadah kita bila kita tak kenal ALLAH???
Soal keyakinan dan tauhid itu tentu lebih utama berbanding dengan soal politik. Namun begitu, keyakinan adalah yang ditanam didalam hati. Manakala apa yang ditanam didalam hati kadang-kadang susah hendak ditafsir dalam kelakuan terutamanya dalam hidup berorganisasi dan berpolitik. Hidup berpolitik demokrasi begitulah caranya. Sekejap Musuh sekejap kawan, penuh dengan taktik. Tersilap taktik buruk padahnya.
5 replies · active 829 weeks ago
yang paling kita risau jika ada anasir-anasir luar yang menyusup masuk dalam parti politik kita ini untuk menghancur Islam..kerana pasti mereka tidak akan senang melihat Malaysia yang dipimpin oleh pemimpin islam terus aman damai.
yer.. teringat pula berkenaan cara Malaysia dijajah dulu2.. pemimpin2 bertelagah, penjajah masuk campur, berjaya memerintah
zaman sekarang lebih hebat dari tu zul.....kalau baca tentang pergerakan freemasons menjajah dunia memang menakutkan...paling menakutkan kalau ada yang jadi agen mereka....ada masa bacalah ni ...http://rockybru.com.my/2009/05/letter-to-bru-new-...
Hrm.. begitulah.. masing2 menyelinap masuk.. gerakan freemason juga memang halus cara bergeraknya.. penuh kerahsiaan pulak tu. Kita pula terus bertelagah.
kumpulan sangat smart menggunakan kelemahan dikalangan kita...mereka menggunakan pemimpin, ahli fikir dan ngo dikalangan kita juga..
semamgnye amat susah Islam utk tertegak kmbali tp Islam pasti tertegak. itu janji Allah. jika x d tanah Arab, d tanah Melayu mungkin. jika x pon dmana2, Islam nanti pasti tertegak. sama ada kte bersama atau kte skadar penonton.
3 replies · active 829 weeks ago
kita sebenarnya memang dah akhir zaman...menunggu tanda-tanda besar sahaja..Yahudi percaya Imam Mahadi sudah ada tetapi tiada siapa yang tahu..tuan badan pun tak tahu dia Imam Mahadi...untuk negara kita kembali aman seperti dahulu mungkin mustahil...yang penting setiap individu perlu dekat diri dengan ALLAH dengan cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah.
Sudah tentu! Memang sudah itu JanjiNya pasti akan berlaku jua.
insyaAllah krn islam sememangnya agama yg tertegak.. alhamdulillah krn aku dilahirkan sebagai hamba Allah yg beragama islam..
ngeee.
x brani nk cument.
nanty coment budak2 lak kua.
but i like dis blog.
really.
i am a silent reader.
ehhe.
2 replies · active 829 weeks ago
sal plak kluar comment budak2? huhu..
komen jer atok biasanya orang silent ni dalam pemikirannya.
Wah berkobar2 betul, huhu.. berdoa agar Malaysia akan terus aman, sebab bibit kebencian antara orang muslim dan bukan muslim dah mula nampak dan bercambah.. ketegangan kaum pun sedikit demi sedikit semakin jelas, dari ketagangan kaum nescaya bakal jadi besar melibatkan agama..
1 reply · active 829 weeks ago
pada firasat saya ke aman seperti dulu mungkin ibarat mimpi kerana ada orang-orang tertentu mahukan keadaan seperti ini untuk tujuan tertentu dan anasir-anasir asing memang sudah menyusup masuk dan akan memastikan negara ini tidak seaman dahulu dan isu perkauman dan agama adalah isu yang paling sensitif dan terbaik untuk digunakan.
setiap manusia x sama,pendapat pun lain2,tapi semua x mau menerima pendapat dr org lain..bayangkan semua manusia tolak ansur?aman kan dunia ni?sbb tu dlm islam di galakkan bermeyuarat,agar semua pendapat dapat di gabungkan..apa yang penting adalah kerjasama dan berlandaskan alquran dan assunnah..
1 reply · active 829 weeks ago
kalau semua ikut cara NABI memang aman damai dunia ni..malangnya semua nak tunjuk dialah yang paling betul.

Post a new comment

Comments by

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

The last comments for

BERANI GAGAL NETWORK : Dapat Wang Segera

vynn

Ini adalah artikel informatis yang sangat...

July 19, 2022 09:03:29 Jump to

Lukman

Penjelasan yang sangat baik tentang July 19, 2022 08:57:36 Jump to

The last comments for

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL update syarat

5,999 comments

by 1,639 readers

IntenseDebate

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP