Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

May 24, 2009

Melayu Takut jadi Usahawan..kenapa?

Cara Nabi berniaga :

Mengikut riwayat Nabi menjual barang-barang baginda tidak seperti cara yang diamalkan oleh kebanyakan peniaga atau lain-lain saudagar ketika itu. Baik peniaga Arab atau bukan Arab. Biasanya para peniaga kebanyakannya mereka menjual barang-barang dagangan mereka dengan cara meletakkan harga setinggi mungkin. Tetapi Nabi menjualnya dengan cara memberitahu harga pokok dan meminta para pelanggan atau pembeli membayar berapa harga yang mereka kehendaki. Dengan cara ini pembeli merasa puas dan senang hati kerana mereka merasa tidak tertipu oleh peniaga. Nabi juga mengambil sikap menjual modal apabila si pembelinya seorang yang benar-benar miskin tetapi memerlukan kepada barangan itu.

Berniaga dan menjadi Usahawan adalah salah satu SUNAH Nabi. Daripada pengalaman ramai kawan-kawan yang ingin jadi Usahawan tapi tidak berani. Pekara yang paling di takuti ialah takut RUGI, takut GAGAL, takut BENGKRAP dan beribu lagi alasan.

Jika kita membaca biografi usahawan-usahawan yang berjaya, kesemua mereka telah melalui kegagalan. KEGAGALAN adalah package untuk menjadi usahawan yang BERJAYA. Jadi jangan takut untuk GAGAL. Dan jangan fikir buat satu bisnis terus je berjaya. Kebiasanya Usahawan yang berjaya itu telah mencuba pelbagai bisnis sebelum mereka meraih kejayaan. Kita tidak akan merasa serasi dengan sesuatu bisinis sebelum kita mencuba perniagaan tersebut.

Cara yang paling bagus sebelum kita memilih sesuatu perniagaan adalah buat solat Isthikarah. Setelah berusaha bersungguh sekiranya BERJAYA Alhamdulillah tetapi sekiranya GAGAL pasti ada hikmah yang baik dari ALLAH swt. Jangan lupa amalkan solat dhuha setiap hari kerana solat dhuha itu adalah kunci rezeki. Berniagalah mengikut sunah Nabi dan jangan sesekali menipu timbang.

JANGANlah kita berputus asa jika baru 3-4 kali gagal berniaga samada perniagaan offline atau online dan JANGAN sesekali menyalahkan orang lain bila kita GAGAL...REDHA ada ilmu yang ALLAH beri dari kegagalan kita dan mungkin juga ALLAH hendak bersihkan harta kita untuk kebaikan dunia dan akhirat. Kejayan tidak akan datang sekelip mata.

Firman ALLAH sw surah Fudhilat ayat 49 yang ertinya :

Manusia tidak jemu memohon kebaikan dan jika mereka ditimpa malapetaka dia menjadi putus asa lagi putus harapan.


Mungkin teman-teman ada pengalaman berniaga...kongsikan lah!!! 
Nak beli stokin wudhu cara Nabi di sini


~Terima Kasih~

Entri lain yang menarik



Widget by Hoctro | Jack Book

Comments (38)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
betul.. aku setuju bahawa ramai dr kita org melayu ni takut hendak memulakan perniagaan dan kebanyakkannya lebih senang kerja 'makan gaji'.. antara alasan yg depa bg mcm yg bro tulis kat atas tu la.. jd, klau sedari awal lg dah mindset bahawa berniaga itu adalah sesuatu yg akan merugikan, memang susah la nk mulakan perniagaan..

slain dr takut rugi etc.. ramai juga yg bg alasan utk tdk memulakan perniagaan sbb takde modal.. memang betul, klau nk buat bisnes mestilah ada modal kan.. tp ramai org melayu yg silap bahawa nk buat bisnes mesti ada modal besar dan lebih senang membuat pinjaman sebelum buka perniagaan.. klau pinjaman tak lulus, takde le perniagaannya..

sbenarnya nk buat bisnes ni tak perlu modal besar pun.. cukup dgn semangat dan kekuatan je plus takde rasa malu utk dptkan rezeki.. dr buku yg aku baca (dah lupa tajuk apa), nk buat bisnes tak semestinya kena ada modal besar dan dalam bentuk kewangan.. cukup dengan modal asas yang dah ada kat rumah sbb perniagaan ni luas dan pelbagai.. misalnya nak mulakan perniagaan dgn jual goreng pisang, takkan nk buka kedai terus kan?

(adeh.. meleret la plak komen aku ni. huhu.. aku stop kat sini la yer. sorry)
3 replies · active 827 weeks ago
memang ramai yang takut jadi usahwan, satu disebabkan persepsi yang kurang beul terhadap keusahawanan, kerja2 seperti jual goreng pisang sebagai contohnya kadang2 banyak disalah anggap sebagai kerja2 low class.. ini disebabkan kurangnya Ilmu pengetahuan, sama juga di Internet pun, ramai yang takut mencebur diri.. kerana mempunyai persepsi yang salah... ada yang meragui kehalalan.. itu semua disebabkan kekurangan Ilmu. Dan tiada keinginan untuk mencari. Keinginan untuk memberi komen negatif pula sentiasa ada
8 replies · active 827 weeks ago
pnah pk nk msuk kulinari
then bukk restoran.
tp tu la,takut GAGAL.
huhu
2 replies · active 828 weeks ago
hrm.. kalau takut gagal, start pelan2.. amik tempahan kecil2an dulu ke.. abang bukak kedai makan.. sebulan pertama memang perit sikit... tapi sekarang ni memang best lah...
6 replies · active 826 weeks ago
iya, saya setuju. terkadang kita terlalu takut untuk memulai. takut gagal! itulah yang saya tangkap. padahal Nabi Muhammad adalah serang pedagang
10 replies · active 826 weeks ago
saya tak tahu ni.
1 reply · active 826 weeks ago
Memang rasa nak berniaga tapi memang pun takut akan gagal. Mungkin sebab tak ada pengalaman. Fuluspun ala kadar jer. Juga sebab tak ada tempat nak turn to kalau ditakdirkan bisnes tak menjadi nanti ... Takut!
Sorry sebab komen sebelum ini sangat negatif. Silap submit, patutnyer tak submit ... I wish saya lebih berani dalam hal ini ... Amin!!

Post a new comment

Comments by

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

The last comments for

BERANI GAGAL NETWORK : Dapat Wang Segera

vynn

Ini adalah artikel informatis yang sangat...

July 19, 2022 09:03:29 Jump to

Lukman

Penjelasan yang sangat baik tentang July 19, 2022 08:57:36 Jump to

The last comments for

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL update syarat

5,999 comments

by 1,639 readers

IntenseDebate

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP