Anak Tak Suka Makan Sayur
1. Anak sulong aku memang pantang nampak sayur dalam makanan..lansung tak suka makan sayur. Tapi alhamdulillah bila dah masuk asrama dah berubah sikit dah mula suka makan sayur.
2. Adik nya yang sorang ni pun ikut perangai abang long nya tak suka makan sayur. Nampak sayur macam nampak hantu. Bayangkan lah daun sup yang kita tabur dalam sup ayam atau sup daging pun dia tak mahu. Pernah sekali dia order mee tak mahu sayur tup tup tukang masak tu tercampur sayur juga..terpaksalah aku makan mee tu dah order baru dan minta tukang ambil order tu tulis besar-besar NO SAYUR.
3. Ni tengah perlahan-lahan pujuk dia makan sayur..macam-macam alasan bagi. Makan sayur jadi pandai, makan sayur kulit cantik, makan sayur boleh kuatkan badan, makan sayur boleh tinggikan badan ...tapi setakat ni semua pujukan tak jalan lagi.....
4. Kawan-kawan ada alasan bagus ke nak bagi anak aku makan SAYUR.....
Fadhilat Amal : Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat berkumpul pada saat shalat shubuh lalu para malaikat ( yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga shubuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu shalat 'ashar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga shalat 'ashar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, 'Bagaimana kalian meninggalkan hambaku?', mereka menjawab, 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan shalat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan shalat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat'" (Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Al Musnad no. 9140, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)
~Terima Kasih~
Rizal - RestnReliks