Fenomena Gerhana Matahari dan KepercayaanNya
Gambar sumbangan : Kesiberan teratakku
27 Rejab yang lepas kita baru memperingati peristiwa besar Israk Mikraj. Hari ini penduduk Asia berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana matahari yang paling lama mencapai 6 minit 39 saat bagi abad ke-21 pada hari ini, yang merentasi India dan China, bermula dari Mumbai ke Shanghai. Gerhana matahari separa akan dapat dilihat di Malaysia secara minimum. Gerhana matahari separa itu, yang amat sukar dicerap dengan mata kasar, akan berlaku pada 8.23 pagi dan berakhir pada 9.48 pagi.
Aku tertarik dengan komen Ahli astrofizik Amerika dan pakar gerhana, Fred Espenak telah menetapkan 22 Julai ini yang dijangka berlaku sebuah fenomena 'raksasa'. Keghairahan pada kali ini merupakan sebahagian besar peristiwa luar biasa yang pernah berlaku dalam tempoh tertentu, atau 'keseluruhan', apabila matahari dilitupi sepenuhnya.
Fenomena Gerhana Matahari ni memang banyak MITOSnya. Ada yang kata kita tak boleh tengok terus nanti buta Mata. Di India pula wanita yang hamil tidak boleh keluar rumah ditakuti memberi kesan kepada baby. Banyak juga filem Holywood yang buat cerita khas tentang Gerhana ni. Pernah tak teman-teman dengar orang tua-tua dulu cakap apa-apa kepercayaan semasa berlaku Gerhana ni......kalau ada kongsi-kongsikan lah.
Untuk umat ISLAM, Gerhana Matahari ini adalah salah satu kejadian yang menunjukkan kebesaran Allah dalam mentadbir Alam. Kita disunatkan solat sunat gerhana sebanyak 4 rakaat dengan satu salam serta khutbah ringkas setelah selesai solat sunat jika solat berjemaah. Di samping itu habiskan masa dengan berdzikir sepanjang tempoh Gerhana, semuga Allah swt memberi keredhaan dan hidayah keseluruh alam. Aku menunggu mungkin ada fenomena raksasa lain yang akan berlaku.....
Fadhilat Amal : Diriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda : "Pada malam aku dimirajkan, Aku melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis daripada madu, lebih sejuk daripada salji, dan lebih harum dari minyak misik, maka Aku bertanya Jibrail : Ya Jibril, untuk siapakah sungai ini? Jibril menjawab : Untuk orang-orang yang selawat untukmu di bulan Rejab."(Hadith Shahih).
~Terima Kasih~
Precious - Precious