Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Jul 16, 2009

Kisah Hasanah dan Hamidah

Last week aku jumpa teman lama CEO Al Ansar Prpoperties (kalau minat nak beli tapak rumah di klang klik lah), dia kongsi satu cerita :

Sepasang suami-isteri hidup penuh dengan kebahagian. Isterinya bernama HASANAH. Setiap hari suaminya pulang awal dari kerja dan setiap malam sentiasa bersama keluarga. Suatu hari HASANAH mendapat panggilan telefon dari teman rapatnya yang bekerja di pejabat pendaftaran. Kawan HASANAH kata tadi suaminya daftar baby baru tapi nama ibu kepada baby itu bukan HASANAH tapi HAMIDAH.

Terkejut beruklah si HASANAH. Memang dia tak percaya sebab suaminya punyalah baik dan sentiasa bersama keluarga. Jadi dengan perasaan marah HASANAH tunggu suaminya balik kerja dan kebetulan hari itu suaminya pulang lewat. Apabila suaminya sampai HASANAH dan menunggu di depan pintu. "Betul ke abang dah kahwin lagi?". Suaminya HASANAH menafikan dengan bersungguh-sungguh sehingga berlaku tolak menolak.

Akhirnya amarah suami HASANAH tak dapat dibendung. Suaminya mengaku bahawa dia sudah berkahwin seorang lagi. Jadi untuk meredakan suasana suaminya berjanji untuk membawa HASANAH mengerjakan umrah. Nak dipendekkan cerita maka si suami membawa kedua-dua isterinya HASANAH dan HAMIDAH mengerjakan umrah.

Ketika bertawaf  HASANAH di kanan HAMIDAH di kiri suaminya. Salah satu doa kita tawaf adalah "....Robana atina fil dunia HASANAH, wa fil ahiroti HASANAH ....". Pada tawaf yang ke 3, HAMIDAH komplen pada suaminya kenapa hanya mendoakan HASANAH je. Jadi pada tawaf yang ke 4 suaminya berdoa "....Robana atina fil dunia HASANAH, wa fil ahiroti HAMIDAH ....". Pada tawaf yang ke 5 HAMIDAH komplen lagi dia tak puasa hati sebab doa HASANAH untuk dunia sedang doa untuk HAMIDAH untuk akhirat ...doa untuk akhirat tak boleh rasa di dunia...suaminya tarik HAMIDAH ketepi dan cakap..."tau tak aku doakan untuk kau lagi banyak setiap hari berkali-kali semasa solat "sami Allah huliman HAMIDAH...". HAMIDAH terdiam...

Tu lah kalau dah bermadu memang kena ADIL.....

Fadhilat Amal :Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda mengenai seorang laki-laki yang tidur hingga datang waktu fajar "Itulah seseorang yang syaitan telah kencing di telinganya -atau beliau bersabda- di kedua telinganya.” {Hadits shahih: Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 1144, 3270) dan Muslim (no. 774), dari Shahabat Ibnu Mas’ud radhiyallaahu ‘anhu.}

~Terima Kasih~
Azizwan - World of Azizwan

Entri lain yang menarik



Widget by Hoctro | Jack Book

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP