Ramadhan bulan penuh BERKAT..apa azam kita??
Alhamdulillah syukur sangat Aku diberi peluang oleh ALLAH swt untuk bertemu dengan Ramadhan tahun ini. Ramadhan penghulu segala bulan, bulan yang penuh dengan KEBERKATAN dengan ganjaran yang berlipat kali ganda dan juga bulan pengampunan. Insyallah Aku berazam untuk menjadikan Ramadhan tahun ini Ramadhan yang terbaik sepanjang penghidupan kerana Ramadhan tahun hadapan belum tentu akan bersua lagi...
Aku BerAZAM untuk ....
1. Solat 5 waktu berJEMAAH kerana mengikut Nabi saw sangat memBERATkanNya sehingga Nabi saw mengarahkan para sahabat mengumpul kayu api untuk membakar mereka yang tidak solat berJEMAAH. Nabi tidak pernah solat sendirian sehinggalah Baginda wafat.
2. Perbanyakkan solat SUNAT bermula dengan solat FAJAR, solat ISRAQ, solat DHUHA, solat WUDUK, solat TAUBAT, solat RAWATIB, solat TERAWIH, solat TAHAJJUD, solat ISTIKHARAH, solat TASBIH dan penutup dengan solat WITIR.
3. Istiqomah dengan dzikir pagi dan dzikir petang, dzikir minimum 300 pagi dan 300 petang serta banyakkan Istigfar.
4. Bersedekah setiap hari walaupun HANYA RM1.00.
5. Memberi makan kepada orang yang berbuka puasa.
6. Bertadarus Al-Quran bersama keluarga.
7. Banyakkan ITIQAF di Masjid pada 10 hari terakhir Ramadhan.
8. Mengadakan majlis ILMU bersama keluarga dengan membacakan beberapa hadis nabi setiap hari.
9. Tidak membazir terutama JUADAH makanan.
Kepada Emak,abah, isteri, anak-anak, adik beradik, keluarga, jiran, teman dan TEMAN BLOGGER aku menghulur sepuluh jari memohon AMPUN dan MAAF jika ada perbuatan, perkataan dan tulisan yang menguris perasaan. DOAkan Ramadhan tahun ini Ramadhan TERBAIK untuk kita semua.....
Fadhilat Amal : Dari Aisyah r.a : "Adalah Nabi saw beriktiqaf sepuluh hari yang akhir dari bulan Ramadhan sehingga wafatnya, kemudian beriktiqaf para isterinya sesudahnya (iktiqaf isterinya adalah di rumah)." (Al-Hadith)