Aug 14, 2009

Ustaz Asri - Pergi Tak Kembali


Salah seorang teman Ustaz Asri menceritakan bahawa Ustaz sememangnya kurang sihat dari awal pagi tetapi tetap bersemangat untuk hadir di program "Syahadah" di RTM. Sebelum program USTAZ sempat minum segelas susu dan minta Al-Quran. Ketika sedang buat sound check tiba-tiba USTAZ melafaz "Allahuakbar" dan terus rebah Pergi Tak Kembali.

Kemarin Yasmin Ahmad, semalam Ustaz Asri mungkin esok giliran Aku pula yang akan Pergi Tak Kembali ....seandainya tiba-tiba blog ini sunyi sepi, teman-teman itu mungkin makna Aku sudah berada di alam yang lain.

Adakah KPI peribadi sudah cukup menyediakah Aku menghadapi azab kubur? Imam Al-Ghazali berkata, "Jangan hairan dengan bilangan (ular) yang banyak ini Sebab bilangan itu sebanyak bilangan akhlak tercela yang dimilikinya seperti sombong, riyak, hasad dengki, dendam dan sifat-sifat buruk lainnya." Penyebab azab kubur lainnya adalah adu domba, mengumpat dan tidak memastikan air kencing yang masih tersisa di kemaluan keluar dengan sempurna. Ibn Hibban dan Al-Hakim meriwayatkan sabda Nabi saw : "Kebanyakan seksa kubur disebabkan kerana kencing.". Sempurnakan buang air kencing dengan cara mengurut, berdehem, batuk dan berjalan beberapa langkah.

Untuk Arwah Ustaz Asri.....AL-FATIHAH.

No comments:

Post a Comment

Jangan lepaskan peluang untuk menang hadiah...mudah je kongsikan komen paling banyak dan menangi RM50.