Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

May 15, 2009

Mimbar Jumaat : KPI Muslim


Selepas Najib take over jawatan PM dari Pak Lah, sana sini di kampung dan di bandar orang dok sibuk cakap pasal Pertunjuk Prestasi Utama (KPI) dan gagasan 1Malaysia cuma seminggu dua ni je sibuk dengan kes ADUN Perak.

Malam tadi aku terfikir nak buat KPI khas untuk diri Aku sendiri. Setiap aktiviti harian akan aku berikan point. Jumlah point keseluruan aktiviti ini adalah 100. Setiap hari sebelum subuh Aku akan menilai berapa jumlah point yang telah aku dapat setiap hari.

1. Solat Sunat Fajar - 2
2. Solat Fardu Suboh - 5 
3. Zikir Pagi - 1
4. Solat Sunat Israq - 2
5. Solat Sunah Dhuha - 2
6. Baca Yassin/Al-Quran - 2
7. Solat Sunat Sebelum Zuhur - 2
8. Solat Fardu Zuhur - 5
9. Solat Sunat Selepas Zuhur - 2
10.Solat Sunat Sebelum Asar - 2
11. Solat Fardu Asar - 5
12. Zikir Petang - 1
13. Solat Maghrib - 5
14. Solat Sunat Lepas Maghrib - 2
15. Solat Sunat Sebelum Isyak - 2
16. Solat Fardu Isyak - 5
17. Solat Sunat Selepas Isyak - 2
18. Solat Sunat Malam (Taubat, Istikharah, Tahajjud) - 5
19. Zikir Malam - 1
20. Solat Sunat Witir -1
21. Solat awal - 2 Markah tambahan untuk setiap Solat Fardu
22. Solat Berjemaah - 5 Markah tambahan untuk setiap Solat Fardu
23. Telefon ibu&bapa - 5
24. Berusaha mencari rezeki - 2
25. Majlis ilmu bersama keluarga - 2
26. Sedekah dan infak - 2

Semuga ini akan menjadikan aku manusia yang lebih berkualiti Dunia dan Akhirat. Hidup di dunia ni bukan lah lama sangat sekelip mata sahaja jika di bandingkan masa di akhirat.

Firman Allah swt Surah Ath-Thalaq ayat 2-3 yang ertinya :

Barangsiapa bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar, dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.

Firman Allah swt Surah Asg-Shaff ayat 2-3

Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.


Sila bantu kalau ada yang tertinggal dan cadangan untuk tambah baik.

Menangi Hadiah RM500 di sini

~Terima Kasih~

Entri lain yang menarik



Widget by Hoctro | Jack Book

Comments (10)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Masya'Allah.. ini sudah bagus.. ini antare kaedah muhasabah. slalunye manusia ni sambil lewa. dgn KPI yg bro buat ni, akn buatkan kte lebih bersungguh dlm m'jlnkan ibadah.

sy nk cdgkan 1 lg, niat krn Allah.. Insya'Allah setiap perbuatan kte krn Allah dikire ibadat. bg 1 markah.

sy doakan same2 dpt laksanakan n yg penting istiqamah.
1 reply · active 830 weeks ago
thanks bro atas cadangan tersebut.. aku juga akan mengamalkannya.. semoga kita semua berjaya di dunia dan juga di akhirat kelak. InsyaAllah.
ibnmasir terima kasih cadangan tu...niat kerana Allah itu segala-galanya tanpa itu umpama tiada erti segala aktiviti. Kita doa semuga dapat amalkan yang aktiviti paling asas ni dengan istiqamah dan berterusan selagi hayat di kandung badan.
ni yg buat aku rasa kerdil sangat hidup kat dunia ni.. dah la iman mengalahkan nipisnya kulit bawang tp selalu je mengabaikan tanggungjawab plus melakukan dosa yg tanpa sedar. sungguh sedih..

apa2 pun, tahniah sbb dah buat KPI untuk diri sendiri dan semoga ianya dapat menjadikan saudara sebagai insan yg penuh dgn muhasabbah diri.. terima kasih juga sbb memberi peringatan kpd aku dan ramai juga mungkin. semoga semua akan berjaya di dunia dan di akhirat kelak. insyaAllah..
huhu.memang bagus la ko...boleh gak aku amik skit task2 penting2 tue..nak jadikan sebagai satu amalan harian..
cakap sangat pak cik,maju terus Islam.!!!!
Ramai yang kejar KPI kerja sehingga lupa KPI akhirat, termasuklah saya juga. Harus sentiasa mengaitkan duni dengan akhirat, kalau KPI ada untuk dunia dan ada juga untuk akhirat.
1 reply · active less than 1 minute ago
apa lagi yang kita nak utamakan dalam dunia yang penuh celaru ini...pertamakan ALLAH insyallah yang lain pasti akan dapat juga...YAKIN lah!!!
iOS training mumbai
iOS training in mumbai

Post a new comment

Comments by

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

The last comments for

BERANI GAGAL NETWORK : Dapat Wang Segera

vynn

Ini adalah artikel informatis yang sangat...

July 19, 2022 09:03:29 Jump to

Lukman

Penjelasan yang sangat baik tentang July 19, 2022 08:57:36 Jump to

The last comments for

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL update syarat

5,999 comments

by 1,639 readers

IntenseDebate

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP