Infak : Yakinkah kita dengan janji ALLAH swt.
"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuh tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki Dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui" Al-Baqarah : 261.
"Siapa yang meminjami (infakkan) Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya kamu dikembalikan." Al-Baqarah : 245.
"Mereka bertanya kepadamu (Muhamad) tentang apa yang harus mereka infakkan. Katakanlah, "Harta apa saja yang kamu infakkan, hendaknya diperuntukkan bagi kedua orangtua, kerabat, anak yatim, orang miskin dan orang yang dalam perjalanan." Dan kebaikan apa saja yang kamu kerjakan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui." Al-Baqarah : 215.
Pernahkah teman-teman berpengalaman membayar zakat, infak atau sedekah sejumlah duit kemudian mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka berkali ganda. Aku pernah melaluinya rasanya sungguh ajaib tetapi itulah JANJI ALLAH yang telah banyak diulang dalam Al Quran. Kita membantu mereka yang memerluka insyallah mereka yang kita bantu tidak akan menolong kita tetapi ALLAH pasti bantu kita. Contohnya Rakyat Malaysia antara yang paling pemurah dan suka membantu siapa sahaja di dunia yang mengalami kesusahan. Hasilnya ALLAH limpahkan rezeki yang berlimpah ruah kepada Malaysia sehingga boleh dikongsikan dengan berjuta pekerja asing. Biar pun sebahagian kecil Rakyat Indonesia mengutuk Malaysia usaha baik mesti diteruskan kerana kita bukan ingin dipuji Manusia tetapi kita ingin dilihat baik di sisi ALLAH swt.
Kepada yang sudi meminjamkan sedikit rezeki dari Allah untuk Allah adalah sangat-sangat dialu-alukan :
1. Sumbangan Membina Sekolah Menengah Ghufran akaun MBB 551191102792 (Sekolah Rendah Agama Ghufran). Pembinaan bermula pada 15/8/09
2. Sumbangan terus Mangsa Gempa Padang, Sumatera kepada Bapak Handriansyah akaun Bank Mandiri 1260005102545. Bapak Hanriansyah adalah sukarelawan yang menguruskan mangsa gempa (rumah ibu mertuanya juga hancur terkena gempa) lawat blog Wahana Muda atau boleh memberi sumbangan melalui tabung yang kami uruskan akaun MBB 562384105144 (Pn Arbainon).
~Terima Kasih~
Precious - Weblog Popular 1Malaysia