Oct 19, 2009

Kenapa ANDA blogging kerana DUIT atau Hobi?

Minggu ni nak buat survey sikit. Nak tanya teman-teman kenapa ANDA ngeBLOG atau berBlogging. Jika jawapan teman-teman tak ada dalam survey tu tolong tambahkan dengan tinggalkan komen. Seronok juga nak tahu kenapa kita sibuk-sibuk siang malam berBlogging. Aku tahu ramai blogger tegar tu akan cari jalan nak tengok blog mereka setiap hari walaupun bagaimana sibuk kehidupan setiap hari.



Bagi yang menggunakan online payment PayPal ada berita gembira. Semalam PayPal membawakan berita baik kepada para pemilik bisnes internet di seluruh Malaysia, apabila mereka kini telah mengumumkan sokongan kepada transaksi dalam Ringgit Malaysia (RM). Selain daripada itu, kini para pengguna PayPal juga boleh memindahkan duit mereka secara terus ke bank tempatan dengan mudah. Menariknya, bersama-sama dengan ini, pihak PayPal juga telah mempertingkatkan bayaran bonus setiap kali kita memperkenalkan pelanggan baru kepada mereka, iaitu kepada RM5.

Kepada teman-teman yang belum ada akaun PayPal klik je banner di atas untuk join atau klik JOIN PAYPAL. Join ni FREE je dan rasanya tak lengkap berBlogging kalau tak ada akaun PayPal ni.

IKLAN :

1. Sumbangan Membina Sekolah Menengah Ghufran akaun MBB 551191102792 (Sekolah Rendah Agama Ghufran). Pembinaan bermula pada 15/8/09
2. Sumbangan terus Mangsa Gempa Padang, Sumatera kepada Bapak Handriansyah akaun Bank Mandiri 1260005102545. Bapak Hanriansyah adalah sukarelawan yang menguruskan mangsa gempa (rumah ibu mertuanya juga hancur terkena gempa) lawat blog Wahana Muda atau boleh memberi sumbangan melalui tabung yang kami uruskan akaun MBB 562384105144 (Pn Arbainon).

~Terima Kasih~

No comments:

Post a Comment

Jangan lepaskan peluang untuk menang hadiah...mudah je kongsikan komen paling banyak dan menangi RM50.