Oct 23, 2009

Anak ku diliwat, dirogol dan didera

Siapa yang tidak inginkan anak setelah bergelar suami isteri? Anak akan menjadikan rumahtangga lebih bermakna dan lebih ceria. Demi terlalu inginkan anak ada pasangan yang sanggup melakukan hubungan seks 5 kali sehari. Ada ibubapa yang terlalu sayangkan anak sehingga sanggup memberi apa sahaja walaupun akhirnya akan merosakkan anak tersebut. Ada ibubapa sanggup mempertahankan anak sehingga titisan darah terakhir walaupun anaknya penjenayah.

Begitulah kasih sayangnya ibubapa kepada anak walaupun akhirnya anaknya akan pulang melawatnya setahun sekali, jarang-jarang sekali telefon bertanya khabar, tidak pernah kirim duit walaupun dulu ibubapa bergolok gadai nak sekolahkan anaknya dan yang paling hebat akan meletakkan ibubapanya di rumah orang tua.

Kasih sayang ibubapa kepada anak sememangnya tiada batasan sehingga tak kurang juga kasih sayang itu melebihi daripada kasih sayang kita kepada Allah swt dan Nabi saw.Tetapi kenapa masih ada juga ibubapa yang tidak menyayangi anak yang dilahirkan sendiri.


Melihat gambar ini tiada kata yang aku dapat katakan selain termenung dan berfikir panjang ....

IKLAN :

1. Sumbangan Membina Sekolah Menengah Ghufran akaun MBB  551191102792 (Sekolah Rendah Agama Ghufran). Pembinaan bermula pada 15/8/09
2. Sumbangan terus Mangsa Gempa Padang, Sumatera kepada Bapak Handriansyah akaun Bank Mandiri 1260005102545. Bapak Hanriansyah adalah sukarelawan yang menguruskan mangsa gempa (rumah ibu mertuanya juga hancur terkena gempa) lawat blog Wahana Muda atau boleh memberi sumbangan melalui tabung yang kami uruskan akaun MBB 562384105144 (Pn Arbainon).

~Terima Kasih~

No comments:

Post a Comment

Jangan lepaskan peluang untuk menang hadiah...mudah je kongsikan komen paling banyak dan menangi RM50.