Melihat pengalaman adik-adik yang sering bertukar ganti bibik memang susah nak dapat bibik yang bagus dan sesuai dengan keluarga. Tak kurang bibik yang mempunyai masalah tetapi ini bukanlah tiket besar untuk membunuh bibik. Kematian Mantik Hani ini sungguh tragis. Aku tak abis fikir bagaimana rakyat Malaysia yang dikatakan lebih maju daripada Indonesia sanggup memperlakukan bibiknya sedemikian rupa. Tak bolehkah kalau bibik itu tak sesuai ditukar atau diberhentikan sahaja daripada disiksa lebih teruk daripada haiwan.
Walaupun kes ini dikira terpencil tetapi pasti akan memberi kesan yang amat besar kepada hubungan Malaysia - Indonesia yang sememangnya sudah panas. Kes buluh runcing, kes menolakkan bantuan di padang dan kes manohara masih belum tamat. Kini ditambah lagi satu kes yang menyayat hati. Pasti banyak kutukan akan keluar di blog MALINGsia dan Topix.
Aku tertarik dengan komen ini : "Another International Self-Inflicted Embarrasment by MAJOR RETARD and MORON that I would rather send to INDONESIA for the people of Indonesia to prosecute as their wish...PERIOD".
Kepada perlaku mesti diHUKUM berat dan segera. Aku ucapakan Takziah kepada keluarga Mantik Hani dan mari kita sama-sama sedekah AL FATIHAH kepada arwah. Semuga ini menjadi syahid kecil untuknya.
Firman Allah, Thoha, 124 : "Dan barangsiapa yang berpaling dari mengingati Aku, dia akan menemui kehidupan yang sempit, dan akan Aku kumpulkan pada hari Kiamat dalam keadaan buta."
~Terima Kasih~
Kak Long - Mawar Merah
No comments:
Post a Comment
Jangan lepaskan peluang untuk menang hadiah...mudah je kongsikan komen paling banyak dan menangi RM50.