Ok ke Saya Kerap Lakukan Hubungan Seks,
Soalan ini daripada seorang sudi rumah dengan tajuk "Kerap Lakukan Hubungan Seks": Saya sudah mendirikan rumah tangga selama lima tahun dan belum mempunyai cahaya mata. Untuk pengetahuan doktor, saya ini adalah seorang yang kuat seks. Boleh dikatakan dalam sehari, lima kali saya akan melakukan hubungan seks bersama suami. Suami juga tidak kisah dan kami melakukan pelbagai aksi supaya tidak bosan. Persoalannya adakah perkara ini normal atau sebaliknya dan bagaimana mahu mengurangkan keinginan seks itu? Adakah kekerapan ini disebabkan kami berdua terlalu mahukan kehadiran cahaya mata? (Kalau nak tahu jawapannya tu kenalah baca Majalah Keluarga).
Salah satu tujuan Allah menjadikan lelaki dan wanita adalah kerana seks. Islam mewajibkan umatnya berkahwin mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk mengelakkan seks bebas yang banyak keburukan dari sudut kesihatan dan keturunan. Apabila suami isteri sudah diakadkan maka seks dihalalkan walaupun datang dari sudut mana kecuali dubur dan sekerap mana yang termampu. Urusan seks dalam hubungan sesebuah rumahtanggan jangan sesekali diremahkan kerana ramai teman-teman yang porak peranda rumahtangga akibat disampingkan soal seks. Kemahuan seks ini adalah anugerah Allah yang unik dan kita hambanya MESTI mencari ilmu untuk keharmonian seumur hidup.
Selain untuk kesihatan, tujuan seks adalah untuk melahirkan zuriat tetapi tidak sedikit yang diuji Allah dengan tidak dianugerahkan zuriat. Bukan setakat manusia biasa tetapi Nabi dan Rasul juga diuji oleh Allah dengan tidak diberikan zuriat. Bagi yang belum dikurnia zuriat bersabarlah. Insyallah setiap ujian yang Allah berikan kepada kita pasti ada HIKMAHnya yang hanya Allah sahaja yang tahu kebaikannya disebalik ujian tersebut.
Bagi yang bersabar berusaha, berdoa dan bertawakal pasti ada ganjaran jika tidak di dunia PASTI di akhirat kelak.
Incik RestNrilekS 89p · 806 weeks ago
Hmmm, rizal nak cakap apa ya? Ini isu orang berumah tangga. :)
azizwan(dot)com · 806 weeks ago
Incik RestNrilekS 89p · 806 weeks ago
Bercakap tentang seks bagi yang sudah berkelamin. Incik RnR memang faham tentang sembang2 seks di antara rakan2 , tapi kadang2 Incik RnR tidak faham kenapa sesetengah orang suka melebihi cakap2 hal2 kelamin dengan melawak2 berlebihan tentang isu seks sehingga berbaur lucah.
Hormatilah rumah tangga anda dan simpan di dalam perkara itu dalam rumah tangga anda - Kenyataan ni tak da kena mengena dengan entri ini, sebab entri ini bercerita tentang seks bukan entri berbaur lucah seks - 2 benda yang berbeza.
Ada rakan yang sudah berumahtangga hampir 8 tahun tidak dikurniakan zuriat. Incik RnR doakan agar mereka dikurniakan zuriat. Dan kepada rakan2 yang suka melawak2 ditujukan kepada mereka yang belum dikurniakan zuriat, saranan rizal hentikan2 cakap2 kosong menghina "tak power" dll.
Eh lupa pulak bro .
Salam Hari Jumaat :D
Zara · 806 weeks ago
Ku bleh komen gak ke?
Tetiba segan~
x-po · 806 weeks ago
sgrMelayu · 806 weeks ago
Acik 82p · 806 weeks ago
naza · 806 weeks ago
Acik 82p · 806 weeks ago
Acik 82p · 806 weeks ago
hepatitisbjellygamat 4p · 579 weeks ago
My recent post Pantangan Makanan Hepatitis B | Yang Wajib Anda Ketahui
anynamous · 552 weeks ago
dan fb asalnya yg bertopengkan manusia https://www.facebook.com/nursyah.izzah