Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Oct 16, 2009

Ok ke Saya Kerap Lakukan Hubungan Seks,


Semalam aku berkesempatan membaca majalah Keluarga keluaran bulan November. Biasalah ada macam-macam topik dan gambar yang menarik untuk ditatapi. Dalam banyak-banak artikel aku tertarik dengan satu soalan di ruang Pakar kami membantu yang dikendalikan oleh Dr. Mohd Ismail Tambi.

Soalan ini daripada seorang sudi rumah dengan tajuk "Kerap Lakukan Hubungan Seks": Saya sudah mendirikan rumah tangga selama lima tahun dan belum mempunyai cahaya mata. Untuk pengetahuan doktor, saya ini adalah seorang yang kuat seks. Boleh dikatakan dalam sehari, lima kali saya akan melakukan hubungan seks bersama suami. Suami juga tidak kisah dan kami melakukan pelbagai aksi supaya tidak bosan. Persoalannya adakah perkara ini normal atau sebaliknya dan bagaimana mahu mengurangkan keinginan seks itu? Adakah kekerapan ini disebabkan kami berdua terlalu mahukan kehadiran cahaya mata? (Kalau nak tahu jawapannya tu kenalah baca Majalah Keluarga).

Salah satu tujuan Allah menjadikan lelaki dan wanita adalah kerana seks. Islam mewajibkan umatnya berkahwin mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk mengelakkan seks bebas yang banyak keburukan dari sudut kesihatan dan keturunan. Apabila suami isteri sudah diakadkan maka seks dihalalkan walaupun datang dari sudut mana kecuali dubur dan sekerap mana yang termampu. Urusan seks dalam hubungan sesebuah rumahtanggan jangan sesekali diremahkan kerana ramai teman-teman yang porak peranda rumahtangga akibat disampingkan soal seks. Kemahuan seks ini adalah anugerah Allah yang unik dan kita hambanya MESTI mencari ilmu untuk keharmonian seumur hidup.

Selain untuk kesihatan, tujuan seks adalah untuk melahirkan zuriat tetapi tidak sedikit yang diuji Allah dengan tidak dianugerahkan zuriat. Bukan setakat manusia biasa tetapi Nabi dan Rasul juga diuji oleh Allah dengan tidak diberikan zuriat. Bagi yang belum dikurnia zuriat bersabarlah. Insyallah setiap ujian yang Allah berikan kepada kita pasti ada HIKMAHnya yang hanya Allah sahaja yang tahu kebaikannya disebalik ujian tersebut.

Bagi yang bersabar  berusaha, berdoa dan bertawakal pasti ada ganjaran jika tidak di dunia PASTI di akhirat kelak.

~Terima Kasih~
Rizal - RestnRileks

Entri lain yang menarik



Widget by Hoctro | Jack Book

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP