Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Oct 10, 2009

Sayangkan Isteri Tinggal-Tinggalkan


Isteri selalu mengharapkan suami sentiasa bersama keluarga setiap hari dan majoriti isteri mencurahkan kasih sayang segalanya kepada suami. Kerana itulah ramai isteri yang hilang pedoman apabila ditinggalkan suami samada dimadukan, diceraikan atau ditinggalkan untuk selama-lamanya.

Pepatah orang tua ada mengatakan "Sayangkan anak tangan-tangankan, Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan". Dalam Islam telah diajar bahawa kasih sayang kita jangan diutamakan kepada manusia termasuklah kepada suami atau isteri. Kita mesti paling utama menyayangi Allah swt, Nabi saw dan kemudian barulah suami ibubapa, suami dan isteri. Apabila kita terlalu menyayangi manusia apa akan berlaku apabila manusia itu tiada lagi kerana manusia ini pasti akan pergi. Tetapi apabila kita menyayangi Allah swt pasti DIA kekal abadi.

Tak kurang ramai isteri yang mengongkong suami supaya duduk di rumah sahaja bersama keluarga kerana takut dikebas wanita lain. Yang terbaik galakkan suami supaya mencari ilmu terutama ilmu agama untuk keperluan keluarga. Jangan terlalu risau apabila suami meninggalkan keluarga untuk beberapa waktu jika tujuannya baik. Jangan ada prasangka buruk apabila suami keluar kerana itu juga doa yang terus pada Allah tanpa hijap.

Isteri adalah hak untuk suami dan suami adalah insan yang mesti dipatuhi oleh isteri tetapi suami bukan hak seorang isteri. Syurga suami di bawah tapak kaki ibunya tetapi syurga isteri di bawah tapak kaki suaminya. Tugas isteri mendidik anak-anak yang dilahirkan. Tugas suami mendidik isteri yang dikahwini jika tidak mampu wajib suami mencarikan guru. Apa yang isteri buat akan dipersoalkan kepada suami kelak tetapi apa yang suami buat tidak akan dipersoalkan kepada isterinya kelak.

Kita pasti berharap bahawa kita juga kelak akan bertemu sebagai suami isteri di syurga yang kekal abadi.

~Terima Kasih~

Entri lain yang menarik



Widget by Hoctro | Jack Book

Comments (12)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Mencari pasangan yang terbaik memang impian setiap manusia~
Aku juga dambakan yang terbaik~
Harap2 ketemu dengan yang mampu membantu melayari hidup bersama~
3 replies · active 806 weeks ago
tahniah jadi penGOMEL pertama. INsyallah jdoh pertemuan sudah ditentukan Allah tetapi bukan semua berakhir baik dan itu bukan bermakna Allah tak sayang kepada kita tetapi sebagai ujian. Yang sabar dan tawakal pasti ada ganjaran hebat jika tidak di dunia pasti di akhirat kelak.
Tahniah Zara sebab jadi Pengomel pertama.

Maaf yer Bro DH sebab mencelah ambil tugas moderator tidak rasmi.

Setuju dengan pendapat DH.

Bercakap tengtang yang terbaik, teringat rizal satu kisah.

Si lelaki yang hensem tampan mencari wanita yang terbaik yang dirasakan sesuai dengan kehidupannya. Akhirnya, si jejaka tampan itu jumpa pilihan yang dikehendaki setelah lama mencari. Giranglah hatinya dirasakan telah dimakbulkan tuhan akan kehendaknya. Apa lagi, terus si jejaka bermadah terhadap si gadis yang baik itu.

Lantas si gadis itu menjawab " Maaf, tetapi saudara bukanlah yang terbaik bagi saya.." Maka hancurlah perasaan si jejaka tadi.

Moral cerita ini : Siapa biarkan anda fikirkan : D
Rizal you are welcome untuk jadi sebahagian daripada Moderator di DH. Biarkan kita luahkan apa Yang Terbuku di Hati untuk kita sama-sama belajar dari pengalaman teman-teman.
emm.....syg anak tangan-tangankan =p
2 replies · active 807 weeks ago
tangaankan bila perlu tetapi bukan pulak dera ada caranya tu dan tempatnya bukan main hentam ikut emosi je...
Betullah juga konsep sayang anak tangan-tangankan. Sama juga mengajar kat sini, sayang pelajar, bebel2 kan :)
so pmpn kne la hormati laki..hehe jgn byk songeh plak
2 replies · active 807 weeks ago
betul tu pompuan kena hormat lelaki tetapi jangan lupa juga lelaki nikhalifah dalam umah jadi semua yang betul dan tak betul tanggungjawab lelaki bukan sahaja di dunia juga di akhirat.
x-po, bunyi macam senang ajer cakap. Hehe.

Bila berkeluarga, tanggungjawab suami lebih besar sebagai seorang ketua, sebab tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak tu yang nanti disoal kelak.

Eh, x-po, tak habis lagi aku lawat dan komen blog hang.

Mekasih singgah di shout box aku. :D
Bro, rizal perasan di sini tiada "Shout box". Memang tak pasang dikira sebagai strategi? Rizal ingat pun nak buang "shout box" di RnR
Ramai juga yang sekarang ni yang berkehendakkan persamaan.. eh suami aku boleh keluar.. aku pun nak kuar juga lah.. ada yang sampai tahap.. suami aku boleh kawin lain aku pun nak kuar laki lainlah... macam-macam.. minta dijauhkan..
Mengapa susah sangat nak patuh? Jawabnya senang sahaja.. Syurga dan Redha Allah ni bukan barang murahan.. kena berlawan berjihad dulu baru dapat meraihnya... tambah pula yang hendak dilawan tu ada dalam diri sendiri...

Post a new comment

Comments by

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

The last comments for

BERANI GAGAL NETWORK : Dapat Wang Segera

vynn

Ini adalah artikel informatis yang sangat...

July 19, 2022 09:03:29 Jump to

Lukman

Penjelasan yang sangat baik tentang July 19, 2022 08:57:36 Jump to

The last comments for

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL update syarat

5,999 comments

by 1,639 readers

IntenseDebate

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP