Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Nov 4, 2009

Cinta KeAMANan Benci PePERANGan

Semua Manusia mimpikan Dunia yang aman. Tapi ada juga segelintir Manusia lebih suka melihat Dunia yang berperang kerana mungkin ada Nilai Bisnis dalam Dunia yang sentiasa berperang. Aku tertarik dengan petikan dari blog Chedet :

"Now the big powers have developed nuclear bombs and missiles many times more powerful than the Hiroshima bomb. Even if they explode deep in the ground the dust blown up would still be carried far and wide. The inclusion of small amounts of nuclear material in conventional bombs would also spread the effect to distant places"

Alasan Manusia mencipta senjata yang semakin canggih adalah untuk melindungi Negara mereka daripada serangan Negara lain. Atau mungkinkah mereka mencipta senjata untuk dijual dengan nilai ratusan juta. Aku pernah terbaca bahawa terdapat satu kumpulan Manusia yang dipanggil FreeMasons yang sentiasa merancang Perperangan dari satu negara ke satu negara yang lain untuk tujuan Bisnis dan ada juga fakta yang membuktikan bahawa perang di Afghanistan, Iraq, Pakistan dan Iran adalah untuk menentang Ya'jud Ma'jud.



Walauapapun tujuannya, peperangan menyebabkan kematian dan kesengsaraan. Isteri kehilangan suami dan anak kehilangan ayah. Tidak kurang ramai juga yang cacat seumur hidup akibat terkena letupan senjata. Peperangan mengakibatkan peradaban sebuah negara yang dibina beratus tahun dengan titik peluh dan wang ratusan billion ringgit musnah sekelip mata. Semuga semua Penjenayah Perang dapat dihukum dengan hukuman yang setimpal.

Kita berdoa semuga semua peperangan dapat ditamatkan dan yang lebih penting jangan sesekali merebak sehingga ke Malaysia. Pasti semua Rakyat berharap supaya suasana Politik yang panas di Malaysia ini tidak sampai menimbulkan prasangka keterlaluan yang boleh dipergunakan oleh pihak ke tiga untuk menghuru-harakan keAMANan yang kita kecapi sejak MERDEKA. WE LOVE PEACE.

Nota : Entri ini khas untuk menyokong gerakan BlogBlast For Peace.





November 5, 2009
The Peace Globe Gallery
 
~Terima Kasih~
Precious - Weblog Popular 1Malaysia

Entri lain yang menarik



Widget by Hoctro | Jack Book

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP