Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Nov 23, 2009

Gali Lubang Tutup Lubang

Hari ini aku nak kongsi cerita yang berlaku kira-kira 12 tahun lepas. Ketika itu aku menghadapi masalah kewangan yang sungguh kritikal (sebabnya aku akan cerita next entri). Ketika itu aku masih berkerja di sebuah agensi kerajaan di Kuala Lumpur (aku berpindah dari Utara setelah setahun anak sulung meninggal).

Duit gaji aku kalau dikumpul setahun pun tak dapat nak selesaikan hutang aku. Aku tidak dapat menerima masalah yang sedang aku hadapi dan sering menyalahkan diri sendiri. Aku tak menjadi kuat sebagaimana kuatnya aku ketika aku kehilangan anak sulung. Aku mencari jalan keluar daripada masalah dengan macam-macam cara. Aku pernah pergi ke kelab hiburan tetapi suasana yang bengit dengan bermacam manusia modern tidak sesuai dengan jiwa aku. Aku pernah duduk termenung berjam-jam di Tasik Titiwangsa dengan harapan aku dapat ilham untuk selesaikan masalah. Yang paling parah aku habiskan banyak masa bermain game di pusat permainan game yang bersepah kat KL sehingga jadi ketagihan.



Masalah aku semakin parah apabila aku terpaksa pinjam duit untuk selesaikan masalah. Ibarat lagu Salleh Yakob, Gali Lubang Tutup Lubang. Semua jalan yang aku fikir boleh menyelesaikan masalah akhirnya membuatkan masalah menjadi lebih teruk sehinggalah suatu hari aku terhadir dalam sebuah seminar motivasi. Keywords yang paling penting aku dapat daripada seminar itu adalah REDHA. Redha ini adalah apabila kita menerima apa juga ketentuan Allah swt ke atas diri kita samada baik atau buruk dengan penuh IKHLAS dan SABAR tanpa ada soalan.



Barulah aku sedar bahawa selama ini aku tidak REDHA dengan ujian kecil daripada Allah swt. Aku cuba melawan dengan memberi berbagai alasan kepada diri sendiri dan menyalahkan orang lain. Setelah aku REDHA dengan masalah yang aku hadapai Allah memberi ketenangan jiwa dan memberi macam-macam jalan untuk menyelesaikan masalah. Alhamdulillah akhirnya masalah aku selesai. Setelah daripada peristiwa ini aku juga telah diuji dengan macam-macam masalah malah ada yang lebih besar daripada masalah 12 tahun yang lalu tetapi alhamdulillah aku dapat mengharungi dengan tenang dan sabar. Pasti di masa akan datang ada lagi ujian daripada Allah untuk aku dan keluarga....

Kepada sesiapa yang sedang ada masalah besar tolong baca berkali-kali Surah Al-Baqarah ayat 286, Surah Al-An'am ayat 17, Surah At-Talaq ayat 2-3 dan Surah Al-Fatihah ayat 5.

@ RM38.70 (hasil daripada Dapatwang) + RM61.30(sumbangan teman-teman) telah ditransfer ke akaun Projek Bantuan Kak Yong. Semuga Allah terus memberi kekuatan kepada Kak Yong.

Entri lain yang menarik

Islam


Widget by Hoctro | Jack Book

Comments (37)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
aku nk try cop dlu..haha
8 replies · active 801 weeks ago
emmm ko ni cam tau2 je skrg ni aku pun tgh serabut kepala duk pkir psl masalah yg tak abis2..maybe btl la ko apa yg ko ckpkan tu, kita tak redha, sbb tu masalah tak leh nk setel btl2...
My recent post AKU 'DIBUANG' UPSI..OH!
6 replies · active 801 weeks ago
Insyallah akan wat nnti..terima kasih ats nota ini..mmg sdang mngalami masalah kewangn yg teruk...tapi leh senyum dan ketawa lagi..terima kasih lagis kali
My recent post Nak Yang Pucuk Muda @ Tua?
5 replies · active 801 weeks ago
Salam Bro,

Lama sungguh tak singgah ke sini rasanya.

Opocot!! terkejut tetiba lagu Gali Lubang tutup Lubang Keluar. Hehe

Yer betul, redha - ayat yang mudah tapi kalau redha memang nampak hidup ni mudah nak diharungi.

Kadang2 banyak perkara kecil kita tak redha -

Kenapa orang tuu boleh naik pangkat walhal tak buat kerja apa pun?

Asyik2 aku jer buat, orang lain rileks aja ? :)

Bercakap tentap redha ni, bagus kalau baca buku La-Tahzan. Kira saling pelengkap makna tu. : )

Semoga bro terus dilimpahi rahmatNYA ya. Amin
7 replies · active 801 weeks ago
Aduh .. dugaan bermacam2. Betul lah kalau kita redha, kita akan sedar cabaran itu untuk mematangkan kita, bukan menghukum kita ...
My recent post Jangan Kuarkan Duit, Terima Duit Jer ...
5 replies · active 801 weeks ago
iOS training mumbai

Post a new comment

Comments by

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

The last comments for

BERANI GAGAL NETWORK : Dapat Wang Segera

vynn

Ini adalah artikel informatis yang sangat...

July 19, 2022 09:03:29 Jump to

Lukman

Penjelasan yang sangat baik tentang July 19, 2022 08:57:36 Jump to

The last comments for

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL update syarat

5,999 comments

by 1,639 readers

IntenseDebate

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP