Gali Lubang Tutup Lubang
Hari ini aku nak kongsi cerita yang berlaku kira-kira 12 tahun lepas. Ketika itu aku menghadapi masalah kewangan yang sungguh kritikal (sebabnya aku akan cerita next entri). Ketika itu aku masih berkerja di sebuah agensi kerajaan di Kuala Lumpur (aku berpindah dari Utara setelah setahun anak sulung meninggal).
Duit gaji aku kalau dikumpul setahun pun tak dapat nak selesaikan hutang aku. Aku tidak dapat menerima masalah yang sedang aku hadapi dan sering menyalahkan diri sendiri. Aku tak menjadi kuat sebagaimana kuatnya aku ketika aku kehilangan anak sulung. Aku mencari jalan keluar daripada masalah dengan macam-macam cara. Aku pernah pergi ke kelab hiburan tetapi suasana yang bengit dengan bermacam manusia modern tidak sesuai dengan jiwa aku. Aku pernah duduk termenung berjam-jam di Tasik Titiwangsa dengan harapan aku dapat ilham untuk selesaikan masalah. Yang paling parah aku habiskan banyak masa bermain game di pusat permainan game yang bersepah kat KL sehingga jadi ketagihan.
Masalah aku semakin parah apabila aku terpaksa pinjam duit untuk selesaikan masalah. Ibarat lagu Salleh Yakob, Gali Lubang Tutup Lubang. Semua jalan yang aku fikir boleh menyelesaikan masalah akhirnya membuatkan masalah menjadi lebih teruk sehinggalah suatu hari aku terhadir dalam sebuah seminar motivasi. Keywords yang paling penting aku dapat daripada seminar itu adalah REDHA. Redha ini adalah apabila kita menerima apa juga ketentuan Allah swt ke atas diri kita samada baik atau buruk dengan penuh IKHLAS dan SABAR tanpa ada soalan.
Barulah aku sedar bahawa selama ini aku tidak REDHA dengan ujian kecil daripada Allah swt. Aku cuba melawan dengan memberi berbagai alasan kepada diri sendiri dan menyalahkan orang lain. Setelah aku REDHA dengan masalah yang aku hadapai Allah memberi ketenangan jiwa dan memberi macam-macam jalan untuk menyelesaikan masalah. Alhamdulillah akhirnya masalah aku selesai. Setelah daripada peristiwa ini aku juga telah diuji dengan macam-macam masalah malah ada yang lebih besar daripada masalah 12 tahun yang lalu tetapi alhamdulillah aku dapat mengharungi dengan tenang dan sabar. Pasti di masa akan datang ada lagi ujian daripada Allah untuk aku dan keluarga....
Kepada sesiapa yang sedang ada masalah besar tolong baca berkali-kali Surah Al-Baqarah ayat 286, Surah Al-An'am ayat 17, Surah At-Talaq ayat 2-3 dan Surah Al-Fatihah ayat 5.
@ RM38.70 (hasil daripada Dapatwang) + RM61.30(sumbangan teman-teman) telah ditransfer ke akaun Projek Bantuan Kak Yong. Semuga Allah terus memberi kekuatan kepada Kak Yong.