Apa juga yang kita inginkan baik untuk dunia dan akhirat mesti ada pengorbanan. Contohnya nak Solat Fardu bila dengar je azan kita perlu tinggalkan segala aktiviti terus bersiap bersihkan badan, ambil wudhu, mengenakan pakaian yang bersih dan sesuai lalu terus ke surau atau masjid. Solat awal waktu dan berjemaah akan mendapat pahala paling banyak. Tapi mudah ke nak buat? Selalunya kita solat dah lewat waktu, gigi pun tak gosok, pakaian ala kadar (ada yang berkemban dengan kain pelekat je) dan solat sendiri kat rumah. Lebih malang lansung tak solat. Bukan mudahkan kita perlu berKORBAN untuk dapat pahala solat fardu terbanyak.
Berjuta-juta warga Indonesia, Bangladesh, Nepal, Vietnam yang terpaksa berKORBAN meninggalkan keluarga untuk mencari rezeki di Malaysia. Tak kurang juga ada yang terKORBAN seperti Mantik Hani demi mencari rezeki. Bukan mudah untuk kita mencapai apa yang kita ingini melainkan dengan berKORBAN seperti lagu P Ramlee "Berkorban Apa Saja".
Sanggupkah kita bersusah-susah berKORBAN demi kebahagian masa tua dan lebih penting kehidupan di alam akhirat kelak?? Sanggupkah kita berKORBAN sebagaimana Nabi Muhammad saw yang berjuang untuk menyampaikan agama Allah sehingga kini kita dapat mengecapi nikmat ISLAM? Sanggupkah kita berKORBAN seperti Nabi Ibrahim yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail? Sanggupkah kita mengeluarkan sedikit duit untuk mengerjakan ibadah KORBAN setahun sekali?
Kepada yang mampu berKORBAN jangan sayangkan duit KITA keluarkanlah jika tidak untuk seekor lembu mungkin seekor kambing atau mungkin juga satu bahagian yang bernilai hanya RM250-350 sekali setahun. Ibadah KORBAN adalah sunat yang diwajibkan bagi yang mampu. Balasan kelak di alam Ghaib di akhirat kelak. Masih belum terlambat untuk KITA berKORBAN. Jangan tertinggal tahun ini kerana belum tentu ada tahun depan untuk kita........
(Kepada teman-teman yang berhasrat hendak berKORBAN yang akan laksanakan di Padang, Sumatera sila email ke denaihati [a] yahoo.com atau hantarkan massage ke twitter @ denaihati. 1 bahagian bernilai RM430).
~Terima Kasih~
Zul - Zul's Blog
No comments:
Post a Comment
Jangan lepaskan peluang untuk menang hadiah...mudah je kongsikan komen paling banyak dan menangi RM50.