Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Oct 27, 2009

MANTIK HANI pergi tak kembali yang tinggal mesti diHUKUM.

Aku memang tak pernah ada bibik sebab Mak Mertua lansung tak benarkan isteri aku ambil bibik. Mak Mertua aku kata kalau dia boleh didik 12 orang anak, mengurus rumah dan membantu suami cari duit tanpa bibik kenapa anaknya yang ada macam-macam kemudahan nak ambil bibik??

Melihat pengalaman adik-adik yang sering bertukar ganti bibik memang susah nak dapat bibik yang bagus dan sesuai dengan keluarga. Tak kurang bibik yang mempunyai masalah tetapi ini bukanlah tiket besar untuk membunuh bibik. Kematian Mantik Hani ini sungguh tragis. Aku tak abis fikir bagaimana rakyat Malaysia yang dikatakan lebih maju daripada Indonesia sanggup memperlakukan bibiknya sedemikian rupa. Tak bolehkah kalau bibik itu tak sesuai ditukar atau diberhentikan sahaja daripada disiksa lebih teruk daripada haiwan.



Walaupun kes ini dikira terpencil tetapi pasti akan memberi kesan yang amat besar kepada hubungan Malaysia - Indonesia yang sememangnya sudah panas. Kes buluh runcing, kes menolakkan bantuan di padang dan kes manohara masih belum tamat. Kini ditambah lagi satu kes yang menyayat hati. Pasti banyak kutukan akan keluar di blog MALINGsia dan Topix.

Aku tertarik dengan komen ini : "Another International Self-Inflicted Embarrasment by MAJOR RETARD and MORON that I would rather send to INDONESIA for the people of Indonesia to prosecute as their wish...PERIOD".

Kepada perlaku mesti diHUKUM berat dan segera. Aku ucapakan Takziah kepada keluarga Mantik Hani dan mari kita sama-sama sedekah AL FATIHAH kepada arwah. Semuga ini menjadi syahid kecil untuknya.

Firman Allah, Thoha, 124 : "Dan barangsiapa yang berpaling dari mengingati Aku, dia akan menemui kehidupan yang sempit, dan akan Aku kumpulkan pada hari Kiamat dalam keadaan buta."

~Terima Kasih~
Kak Long - Mawar Merah

Entri lain yang menarik

IsuSemasa


Widget by Hoctro | Jack Book

Comments (45)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Kenapalah manusia sangat kejam?
6 replies · active 804 weeks ago
Bibik ni pun manusia biasa. Kalaupun mereka melakukan kesalahan, kenapalah perlu didera begitu teruk sekali. Pelaku tersebut memang tak ada sifat keperimanusiaan. Ada cara lain untuk mengajar dan mendidik bukannya melakukan mereka seperti tiada nilai langsung.
Geram betul dengan keadaan macam ni. Walaupun tak ramai, tetapi tetap memberikan imej buruk terhadap negara kita.
3 replies · active 804 weeks ago
hurm.. apa la nk jadi.. klau betul dah tak tahan dgn bibik tu, why not diberhentikan saja.. kan lebih baik drpd diseksa.. semoga pesalah menerima hukuman yg setimpal..
2 replies · active 804 weeks ago
akal yang sempurna penciptaanya tak digunakan degn sebaiknya..
2 replies · active 804 weeks ago
manusia yang menyangka akan hidup selama2nya yang snggup bunuh2 ni..haishhh...astaghfirullah~.
4 replies · active 804 weeks ago
Patutlah ada perkataan kebinatangan. Bukan kinabatangan, tau!! Perangai manusia ni macam2, kan! main lepas jer amarah tu pada orang lain ... singkat pemikiran ...
4 replies · active 804 weeks ago
Innalillah. Ini mmg manusia yg tak de hati perut ni.
1 reply · active less than 1 minute ago
selalu senyum2 dgn bibik jiran sebelah rumah :p

manusia dah hilang nilai kemanusiaan, mcm ni lah..kesian bibik...ada byk cara utk selesai kalau kita bijak
3 replies · active 804 weeks ago
Salam Bro,

Bro ada banyak widgets pautan luar , hehe agak lama baru nak bukak denai hati. Mungkin nak kena buat "fine-tunning" hehehe :)
1 reply · active 804 weeks ago
Al-fatihah juga diberikan kepada Arwah. Memang sungguh memalukan negara. Teringat dulu selalu dengar berita-berita tentang kerakusan pak-pak arab terhadap pembantu rumah. Dan kini Malaysia?
1 reply · active 804 weeks ago
kalau tak suka sbb tak pndi buat kerja..gi la tukar org gaji...

kalau kurang suka dengan warga indonesia..janganla amik orang gaji....diakan manusia gak...kesian keluarga bibik tu....ish dieorg ni...
1 reply · active 804 weeks ago
logiknya gitulah tak suka tukar tapi entah apa yang ada kat otak diaorang ni... memukul mungkin hobi mereka kot
tengoklah..cam ne lah dak2 indonesia tu tak kutuk kiter..half of us suka sangat buli2, dera..lagilah nak bangkitkan kemarahan depa..

walau ape pun bangsa bibik, atau negara diowang, just treat them as human..tapi, ade gak bibik yang wat hal..hantar je diowang balk kat egensi diowang, habis cerita..tak yah nak dera2..

ops, lupa..baru jalan2 disini..lama dah dengar nama "Denaihati" ni..skunk baru terbukak pintu hati nak masuk sini..hehehe
Salam ziarah... duka cita yang dalam, untuk arwah. Sesama rekan nasib seperantauan sungguh duka cita yang dalam. Semoga pelaku pembunuhan mendapat hukuman yang setimpal. Saya yakin, tak semua majikan berlaku buruk demikian. Anyway, saye nak ambik gambar Mantik kat sini ye, Insya Allah, saya link.
Ini Encik ke Cik ye...??? timekasih banyak2 dah singgah kat blog saye. tengah cari berita pasal Mantik Hani. Baru nak pos ni, rupanye sahabat dah singgah pun kat blog saye. Salam ukhuwah.. timekasih juga dah add FB.

Anyway, nak tanye sikit pasal blog ni, cantik sungguh kemasannya. Buat sendiri ke?
2 replies · active 804 weeks ago

Post a new comment

Comments by

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

The last comments for

BERANI GAGAL NETWORK : Dapat Wang Segera

vynn

Ini adalah artikel informatis yang sangat...

July 19, 2022 09:03:29 Jump to

Lukman

Penjelasan yang sangat baik tentang July 19, 2022 08:57:36 Jump to

The last comments for

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL update syarat

5,999 comments

by 1,639 readers

IntenseDebate

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP