Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Dec 1, 2009

Gagal Merancang Untuk Berjaya

Seronok aku baca entri Kak Jie bertajuk Kalender Kuda Tinggal Sekeping yang mengingatkan aku yang kita dah masuk bulan terakhir tahun 2009. Begitu cepat masa berlalu rasanya baru semalam menyambut tahun baru 2009. Tu lah Nabi saw bersabda hidup di dunia ni ibarat berteduh sebentar di bawah pohon untuk perjalanan seterusnya.

Bayangkan sehari di akhirat sama 1000 tahun di dunia jadi kalau kita dah hidup 40 tahun di dunia sama seperti 1 jam hidup di akhirat. Tapi apa yang kita fikir dan usaha sekarang lebih kepada dunia yang hanya beberapa jam sahaja nilainya di akhirat. Beruntunglah kepada mereka yang fikir dan usaha untuk hidup bahagia kekal abadi di akhirat.

Alhamdulillah kebanyakan azam tahun 2009 dah selesai. Jadi tugasan aku sekarang sedang merancang azam tahun 2010. Untuk berjaya dalam hidup MESTI ada perancangan. Ramai di antara kita tidak merancang untuk gagal cuma mereka gagal nak merancang untuk berjaya. Tetapi apabila kita dan rancang kita mesti ada kekuatan untuk melaksanakan apa yang kita rancang ibarat kata orang putih "walk the talk".

Tetapi berapa hebat pun perancangan kita, perancangan Allah lebih hebat sebab itu kita selain berusaha MESTI selalu berdoa dan bertawakal. MESTI mohon doa supaya Allah swt permudahkan urusan dunia dan akhirat sebagaimana Allah permudahkan urusan dunia dan akhirat Para Rasul, Nabi dan Orang-orang Soleh.

Untuk teman-teman yang belum selesai azam 2009 masih ada 30 hari untuk selesaikan. Jangan GIVE UP teruskan usaha hingga titisan peluh terakhir.

@ Insyallah kalau tiada halangan tunggu besok ada suprise.

Entri lain yang menarik



Widget by Hoctro | Jack Book

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP