Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Dec 11, 2009

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL selami hati mereka

Alhamdulillah sehingga semalam sudah 85 blogger berani menyahut cabaran "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dengan berbagai entri yang simple dan yang menarik. Beberapa peserta juga telah menang Hadiah Bertuah bernilai RM50 setiap seorang iaitu Zai Kulim, Zie Fauzi, Ratu Salju, Taufidris, Yuitsumuni dan TheWayIThink.

Hari ini aku nak fokus 3 petikan entri contest yang boleh meransang MINDA BAWAH SEDAR.

1. Masih tidak mengerti? sayu... pilu...apa jua tinggalan... baik atau buruk atau tidak tahu atau tiada apa-apa ada ketika si celupar berbiacara kerna lumrah dan adat manusia (agaknya, semua ke?) mahu menegakkan benang basah atau kerna maruah diri tercabar atau kerna suka suka ... sajak menarik daripada Yang Baik teruskan membaca @ Yang Baik.

2. Pernahkah anda mengalami hal yang sama? Marilah kita melihat realiti kehidupan. Setiap orang pernah mengalami kekecewaan dan kegagalan dalam hidup. Bahkan kadangkala semuanya akan datang sekaligus menimpa seseorang. Kalau sudah demikian, kita merasa dunia seakan musnah. Hidup menjadi terasa berat dan seperti memikul beban yang tinggi. Biasanya banyak orang kemudian melihat segala sesuatu itu dari segi negatif. Bagaimana untuk bangkit kembali? Bagaimana caranya membangkitkan semangat kita yang sudah turun? ... dapatkan 3 tips berguna untuk terus bangkit daripada kesukaran @ MyAdha.

3. Terlalu sakit pada awalnya. Bukan mudah menjalahi hidup berbekalkan prinsip HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Lagi-lagi, bila kamu perlu memulakannya daripada bawah. Tanpa bimbingan dan kehadiran seorang ayah di sisi, segalanya kelihatan sukar. Mujur, saya masih punya ibu untuk menyokong prinsip HIDUP BERANI UNTUK GAGAL dengan jayanya kini....selami hati kehidupan tanpa ayah dalam kehidupan yang menuh mencabar @ LizaRazak.

Sebahagian daripada pengalaman hidup yang insyallah akan dapat menyentuh hati dan minda. Kita selalu menjerit kesukaran tapi ingatlah sesusah kita pasti ada yang lebih susah daripada kita. Aku pernah melihat sekumpulan manusia di Jakarta yang menunggu di belakang restauran untuk memamah makanan lebihan daripada pelanggan restauran tersebut.

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada dan teruskan perjuangan hidup tanpa ada perasaan putus asa walaupun diasak dengan berbagai dugaan. HIDUP BERANI UNTUK GAGAL.

@ Banyak lagi cerita menarik yang akan aku kongsikan petikannya dalam entri yang akan datang. Kepada yang ingin turut serta contest sila terus ke contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dan kongsikan cerita menarik sebagai sumbangan untuk merangsang MINDA BAWAH SEDAR bagi menempuh 2010 yang pasti sangat mencabar.

~penGOMEL pertama~

Entri lain yang menarik



Widget by Hoctro | Jack Book

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP