Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Showing posts with label isa. Show all posts
Showing posts with label isa. Show all posts

Aug 13, 2009

Noordin Mohd Top ditahan ISA

Komen Bapak mertua Noordin Mohd Top setelah dia dan isteri Noordin serta 3 anak Noordin yang ditinggal selama 8 tahun tanpa jejak : "Apa nak jadi, jadilah ...kita terima saja dan berserah pada Allah. Tidak mungkin kami dapat berjumpanya lagi...semua orang kini mencarinya. Kalau jumpa pun saya tak tahu mahu kata apa"

Aku cuma terfikir kalaulah Noordin Mohd Top kena tahan ISA mesti lain ceritanya, Insyallah isteri dan anaknya masih boleh berjumpa dan hanya menunggu masa sahaja bila dia dibebaskan walaupun sudah ditahan selama 8 tahun daripada menjadi pelarian entah di mana. Cerita dari dua teman aku bekas Jemaah Islamiah(JI), seorang teman Malaysia dah bebas dari tahanan 2 tahun ISA dan seorang lagi teman Indonesia dah insaf dan tak terlibat lagi, mereka memang dilatih untuk menjadi perjuang. Pada peringkat awal memang pada landasan yang betul tetapi lama kelamaan perjuangan tersimpang daripada matlamatnya.

Katanya semua senarai pengganas ini dikeluarkan oleh Amerika (Yahudi la tu kan) dan mereka berkuasa menangkap pengganas di mana sahaja di atas muka bumi ini seperti dua orang rakyat Malaysia Mohd Farik Amin atau Zaid (Zubair) dan Mohammed Nazir Lep atau Bashir Lep (Lillie) yang sedang ditahan di Teluk Guatanamo sejak 2003.

Kadang-kadang aku terfikir sebenarnya tahanan ISA di Malaysia untuk kes pengganas ini mungkin sebenarnya adalah untuk PERLINDUNGAN seperti kes Mas Selamat. Jika mereka ini ditahan dinegara bukan Islam dan dilabel sebagai pengganas pasti teruk kena...solat dan amalannya entah bagaimana?? Mungkin juga apabila nama mereka telah terkeluar dari senarai pengganas Amerika barulah mereka dibebaskan dari tahanan ISA dan selagi nama mereka ada dalam senarai mereka tidak akan dilepaskan kerana mungkin masih diburu oleh Amerika....MUNGKIN yang tak mustahil.

Hanya kerana takut dengan ISA akhirnya arwah Dr. Azhari dan Noordin Mohd Top menjadi pelarian dan mungkin dijadikan  bahan menyebab apabila berlaku pengeboman yang entah siapa yang lakukan....teringat firman Allah swt : "Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..(Al-Baqarah,286) dan "Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu, tidak ada yang dapat menghilangkannya selain Dia ..."(Al-An'am,17). Harta, keluarga, kekayaan, kemiskinan, anak, perjuangan, kuasa, ISA, penjara, kesihatan dan bermacam lagi adalah ujian untuk manusia. Bagi mereka yang beriman dan bertaqwa apabila menghadapi ujian-Nya janji Allah swt : "Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, maka dijadikan jalan keluar untuknya dan diberi rezeki dari jalan yang tidak diduga-duga."(Al-Talaq, 2,3). Bila kita diuji oleh Allah mintalah tolong kepada Allah swt sahaja JANGAN sesekali meminta pertolongan dari makhluk atau manusia lain kerana firman Allah swt : "Hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan." (Al-Fatihah, 5).

Read more...

Jun 12, 2009

Aku bukan PEMUDA dari TIMUR

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Allah akan membangkitkan bagi umat ini (Islam) pada awal setiap seratus tahun seorang mujaddid yang bakal memperbarui (menghidupkan) urusan agamanya.” (Riwayat Abu Daud, Al Hakim, Al Baihaqi, Al Iraqi, Ibnu Hajar Al Asqalani)

Dalam sebuah hadits yang lain, bersabda Rasulullah SAW: “Telah berlaku zaman kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah zaman kekhalifahan (Khulafa’-ur-Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (zaman fitnah). Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (zaman pemerintahan diktator) dan kemudian berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (zaman Al Mahdi dan Isa a.s) yang berjalan di atas cara hidup zaman kenabian. Kemudian baginda diam.” (Riwayat Ahmad)

Daripada Ibnu Umar, bahwa Rasulullah SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali; baginda berkata: “Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu menyakini demikian itu hendaklah bersama Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi.” (Hadits riwayat At Tabrani)

Dari Tsauban r.a dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka (pendukung-pendukung) umpama kepingan-kepingan besi (jiwa yg berani). Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbai’atlah kepada mereka sekalipun harus merangkak di atas salju. (Dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Naim)

Dari Ibnu Mas’ud RA, katanya, “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihatkan mereka, maka kedua-dua mata baginda SAW dilinangi air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapakah kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami sukai?” Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak hingga datang suatu kaum dari Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan memperoleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehingga mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan seperti bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Siapapun yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka, walaupun terpaksa merangkak di atas salju. Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi.” (Riwayat Ibnu Majah)

Michael Nostradamus (1503-1566) seorang warga Perancis keturunan Yahudi, tokoh peramal dari Barat yang terkenal, yang dikatakan banyak ramalannya yang tepat. Menurut ramalan beliau yang ditulis semula oleh V. J. Hewitt dan Peter Lorie dalam buku The End of the Millennium, Prophecies : 1992 to 2001, beliau meramalkan pada tahun 2000, disebutkan secara lebih khusus mengenai munculnya seorang pemimpin Islam yang bakal merubah dunia. Menurut beliau:

1. Akan muncul A New World Religion.
2. Dipimpin oleh seorang yang dikenali dengan panggilan The Man from The East.
3. Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut.
4. Kemunculannya menggemparkan Timur dan Barat.
5. Ketika muncul, dia memakai sorban biru (The Blue Turban).
6. Dia merayakan hari Kamis sebagai hari istimewa bagi dirinya.

DUNIA SEDANG MENUNGGU PEMUDA DARI TIMUR!!


~Terima Kasih~

Read more...

May 8, 2009

MAS SELAMAT captured


Pernah dengar nama Mas Selamat. Yang di katakan oleh kerajaan Singapore sebagai TERRORIST merancang untuk hijack kapal terbang dan melanggar kapal terbang di Changi Airport. Pada tahun 2001 Mas Selamat terlepas dari penjara Singapore dan ditangkap semula pada tahun 2006 di Pulau Bintan, Indonesia dan dihantar pulang ke Singapore. Pada Tahun 2007 sekali lagi Mas Selamat berjaya meloloskan diri dari penjara Singapore.

Setelah 13 bulan menjadi orang yang paling dikehendaki oleh Kerajaan Singapore akhirnya Mas Selamat ditangkap di pinggir bandar Johor Bahru. Mengikut berita IKIM.FM, Mas Selamat sekarang berada dalam tahanan ISA Malaysia.

Aku penat memikirkan betapa hebatnya Mas Selamat ni boleh lolos 2 kali dari penjara Singapore yang memang hebat tu dan boleh keluar dari Singapore...tapi kenapa dia tak pergi jauh-jauh hanya stay tempat yang dekat dengan Sngapore je Pulau Bintan dan Johor Bahru... ADA UDANG SEBALIK MEE ke???

~Terima Kasih~

Read more...

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP