Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Apr 3, 2009

Tahniah Kepada Najib Tun Razak


Tepat jam 10.11 pagi Jawatan Perdana Menteri, Malaysia sah berpindah tangan dari Tun Abdullah Badawi kepada Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak. Ucapan TAHNIAH kepada PM baru dan TERIMA KASIH kepada Pak Lah.

Inilah ketentuan Allah kerana hanya DIA sahaja yang menentukan kerajaan di dunia ini. Allah jugalah yang memilih sesiapa juga yang DIA ingini untuk memerintah sesebuah kerajaan. Dan janji Allah setiap kejadian itu pasti ada sebab dan hikmahnya cuma kita manusia yang tidak dapat melihat. Tun Mahathir sering mengatakan bahawa beliau telah tersalah pilih Pak Lah untuk mengantikannya. Bagi aku siapalah Mahathir kerana sesunggunnya yang mengilhamkan beliau tiada lain Yang Maha Berkuasa ALLAH SWT pasti untuk sebab-sebab tertentu.

Begitu juga dengan Najib yang akhirnya dilantik menjadi PM ke 6 adalah atas kehendak ALLAH juga bukan hanya sekadar kerana kesabarannya. Sebelum ini juga telah berapa ramai Timbalan PM yang tidak berjaya menjadi PM kerana tidak dipilih oleh ALLAH.

Seluruh Dunia pun tahu bahawa ketua Pembangkang Anwar berjuang bersungguh-sungguh untuk menjadi PM Malaysia. 10 tahun dahulu Anwar sudah begitu hampir menjadi PM tetapi ALLAH belum memilih beliau dengan alasan yang semua sudah tahu. Kalau ALLAH menetapkan bahawa suatu hari Anwar akan menjadi PM Malaysia tiada siapa yang akan dapat menghalang tetapi kalau sebaliknya walaupun pun apa yang Anwar buat pasti dia tidak akan menjadi PM. Dan yakinlah semua itu ketentuan ALLAH yang pasti ada HIKMAH disebaliknya.

Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam bukunya Menjadi Kekasih ALLAH ada menulis : Semua kejadian telah tertulis. Ketika itu kamu akan melihat bahawa pemberian itu tidak akan diulur mesti sebutir sebelum waktunya. Bahkan mereka tidak akan memberimu sebutir atau sebiji, setetes atau selautan, kecuali dengan izin ALLAH SWT, ketentuan dan ilhamnya kepada hati manusia.


Selamat menjalankan tugas Najib Tun Razak, ingatlah ini Amanah Allah dan jangan kecewakan Agama, Bangsa dan Negara.

~Terima Kasih~

Entri lain yang menarik



Widget by Hoctro | Jack Book

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP