Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

May 1, 2009

Tomok OIAM Menang RM1juta


Tomok baru di undi sebagai pemenang hadiah RM1juta untuk program OIAM anjuran 8TV...RM1juta beb...banyak tak tu!!! Kalau aku dapat RM1juta ..apa nak buat ya..emmm aku ada rancangan tapi simpan dalam hati sebab belum dapat. Pada satu ketika Tomok jatuh no 3 tetapi juri memihak pada Tomok kerana Tomok lebih consisten berbanding Esther dan Aweera.

Aku suka dengan semangat yang Tomok tunjukkan untuk meraih kejayaan sebesar ini. Nampak mudah tapi bukan semudah itu, kecekalan, semangat, daya tahan dan never give up serta tawakal mesti ada untuk kita mencipta apa-apa juga kejayaan.

Jika Tomok sudah menang bagaimana pulak Isma AF7 kakak Tomok. Kepada pengikut AF7 pasti setuju bahawa antara suara yang terhebat adalah Isma tetapi tak mustahil jika Isma boleh terkeluar awal seperti Aril.Tapi kalau berlaku memanglah hilang seri AF7...bagi orang-orang astro je lah tengok AF7.

Tahniah kepada Tomok...aku cadangkan RM200,000.00 simpan kat ASB dan jangan sentuh-sentuh, jadikan simpanan hari tua ..ambik dividen je setiap tahun...trust me..RM1juta bukan banyak pun kalau tak plan betul2 setahun dah habis. Good Luck to Isma untuk jadi juara AF7.

~Terima Kasih~

Entri lain yang menarik



Widget by Hoctro | Jack Book

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP