Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Jul 17, 2009

Mereka yang dinilai di NILAI.

 
 Gambar sumbangan : Sepohon Kayu
Petikan dari blog WAADAT (dengan sedikit ubahsuai berdasar pengalaman) : Minggu lalu, berlangsung perhimpunan jemaah tabligh di Nilai NS. Lebih 200 ribu yang hadir. Tuanku Yang DiPertuan Agong, Tuanku Yang DiPertuan Besar NS, Najib, Muhyidin, TG Nik Aziz, DSAI turut meluangkan masa menyertainya, biarpun sebentar.

Semalam, sebelum Ustaz Fuad Al-Maliki menyampaikan ceramah Isra' Mikraj, Ustaz Mustafa selaku pengelola berkongsi pengalaman beliau di Nilai. Menurut beliau, terdapat 14 buah khemah jemmah tempatan dan 2 khemah jemaah luar negara disediakan dan setiap khemah boleh menampung seramai 10 ribu orang.

Biaya bagi khemah untuk 4 hari ialah RM1.8 JUTA!

Walaupun RM1.8 juta tersebut kelihatan begitu besar, namun jika dibahagikan kepada 200 ribu peserta, setiap orang akan dapat RM9 sahaja. Jika kita balikkan, walaupun RM9 itu tidak besar namun jika kita kumpulkan daripada 200 ribu, orang, kita akan dapat RM1.8 juta. Cuba bayangkan, demikianlah hebatnya jika kita bersatu.

Ustaz Mustafa memaklumkan bahawa khemah-khemah tersebut didermakan oleh seorang JUTAWAN!

Kos untuk makanan pula sebanyak RM1.5 juta sehari. Walaupun jutawan tersebut berhasrat untuk membiayainya namun pihak pengelola merasa tidak sanggup lagi menerima budi yang begitu besar dan mereka membuat keputusan berkongsi bagi menyediakan makanan. Jemaah  menderma RM10 untuk setiap dulang hidangan.



Marilah kita kembali mengikut perintah Allah dengan cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw. Setiap manusia adalah khalifah Allah yang ada tanggungjawab yang perlu dilakukan dan akan diNILAI oleh ALLAH swt sekembali kita di alam kekal abadi kelak.

Semuga Ijtimak Malaysia diterima Allah swt dan memberi hidayah keseluruh alam samada yang di langit atau di bumi, yang di daratan dan juga di lautan.

Fadhilat Amal : Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada hasad (irihati) melainkan dalam dua perkara iaitu hasad terhadap orang yang berilmu dan menggunakan ilmunya untuk kesejahteraan manusia dan hasad terhadap orang yang berharta dan menggunakan hartanya ke jalan Allah."

~Terima Kasih ~
Precious - Precious

Entri lain yang menarik



Widget by Hoctro | Jack Book

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP