Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Oct 2, 2009

Gempa bumi Indonesia Kebetulan atau BENCANA dari ALLAH


1. Pada 8/11/2008 Amrozi, Ali Gufron dan Imam Samudra telah dihukum tembah sampai mati oleh Pemerintah Indonesia kerana didapati bersalah mengebom pusat hiburan di Bali.

2. 17/11/2008 - Empat orang terbunuh, ratusan buah rumah musnah dan ribuan penduduk lari ke kawasan lapang apabila satu gempa bumi kuat berukuran 7.5 pada skala Richter melanda kawasan perairan dekat Pulau Sulawesi, timur Indonesia awal hari ini.

3. 12/2/2009 - Sekurang-kurangnya 49 orang cedera apabila satu gempa bumi kuat menggegarkan kawasan berhampiran Kepulauan Talaud, ke utara Pulau Sulawesi, Indonesia hari ini.

4. 8/8/2009 - Ibrohim Alias bersama beberapa teman telah ditembak di rumah setelah bertempur dengan Polis Indonesia. Mereka dikatakan terlibat dengan pengeboman Hotel JW Marriott dan Ritz-Carlton.

5. 16/8/2009 - Seramai tujuh orang cedera selepas gempa bumi kuat berukuran 6.9 pada skala Richter menggegarkan barat Sumatera, Indonesia hari ini, kata seorang pegawai.

6. 2/9/2009 - Beberapa lokasi di Jakarta dan Jawa Barat digegar gempa bumi yang berukuran 7.3 pada skala richter melanda Tasikmalaya dekat Bandung. Dan sehingga kini 78 orang dilaporkan terbunuh dan lebih 50 orang lagi dipercayai masih tertimbus dan kemungkinan besar dipercayai telah mati. Akibat gempa bumi ini juga 88,000 orang dipercayai hilang tempat tinggal berikutan 54,000 buah rumah dan bangunan rosak teruk dalam kejadian itu.

7. 17/9/2009 - Kematian Noordin Mat Top hari ini membawa kepada berakhirnya pemburuan ke atas pengganas No. 1 di Asia itu selama lebih enam tahun, selepas dia terjebak dengan beberapa siri pengeboman dan keganasan di republik ini. 

8. 30/9/2009 - Gempa bumi kuat yang berlaku berhampiran bandar Padang di Sumatera semalam sudah meragut 200 nyawa dengan ribuan lagi mangsa tertimbus di bawah runtuhan. Jurucakap agensi bencana Indonesia, Priyadi Kardono, menyatakan angka korban gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter itu kini ialah di antara 100 hingga 200 orang.

Aku buat sikit analisa kejadian gempa bumi di Indonesia dan Operasi membenteras Penganas Islam. Samada secara kebetulan atau memang sudah ditakdir oleh Allah kejadian gempa bumi yang mengorbankan ramai manusia yang tidak berdosa berlaku setelah Pemerintah Indonesia menghukum atau menembak mereka yang dilabel sebagai Penganas. Jenazah Noordin M Top masih belum pun dikebumikan.

Aku berada di Indonesia ketika Amrozi dan teman-teman dihukum tembak sampai mati. Kubur mereka diziarahi beribu-ribu orang dan katanya harum bak kasturi. Semuga semua Roh yang terkorban samada ditembak atau ditimpa runtuhan bagunan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan semuga Allah mengampunkan dosa mereka.

Firman Allah swt  : "Semua yang ada di bumi itu akan binasa, tetapi wajah Tuhanmu yang memiliki kebesaran dan kemuliaan tetap kekal. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?" Ar-Rahman : 26-28

Iklan : Cubalah keberkesanan MINYAK DARA HABBATUS SAUDA kami yang diproses dari perahan pertama menggunakan ORGANIC COLD PRESS serta dikawal mutu pengeluarannya sila klik @ PESANAN dan kepada yang nak jadi agen klik @ Rakan Usahawan SaudaCare atau sms dengan menaip ANSAR INFO hantar ke 36553.

~Terima Kasih~

Entri lain yang menarik



Widget by Hoctro | Jack Book

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP