Adakah Masalah itu Masalah
kehidupan di dunia yang fana ini memang tidak akan lari dengan masalah. Setiap manusia mengidamkan hidup tanpa masalah....tetapi bayangkan hidup tanpa dugaan@masalah...apa rasanya...pasti hambar. Manusia akan merasa kenikmatan apabila dapat melalui dan menyelesaikan sesuatu masalah...inilah yang dikatakan pengalaman hidup.
Sedangkan Rasulullah SAW yang memang kekasih Allah di beri pelbagai dugaan untuk menjadi tontonan dan contoh kepada umatnya.
Allah hanya memberi dugaan dan bebanan kepada setiap umat atas kemampuannya. Allah tidak akan memberi masalah yang tidak mampu ditanggung oleh umatnya. Cuma kita sahaja yang tak sedar bahawa setiap masalah dan dugaan yang diturunkan itu menandakan bahawa Allah sayang kepada kita kerana itu ketika itu kita diuji. Bagi kita yang sedar apabila kita ditimpa masalah dan dugaan kita akan duduk muasabah diri melihat mana yang salah yang telah kita lakukan.
Ingatlah Allah tidak pernah zalim pada umatnya melainkan kita yang selalu menzalimi diri kita sendiri. Masalah itu bukan bebanan tetapi peringatan dan tanda Allah sayang kepada kita. Terimalah dengan ikhlas, redha dan keinsafan.
Jaws · 841 weeks ago
sesungguhnya di dalam setiap masalah ade tersoroknya peluang..
seperti kisah syarikat kasut yg nak menjual kasutnya di negara yang berkaki ayam..
masalah = semua rakyat negara ini berkaki ayam. mustahil untuk jual kasut kepada masyarakat yg berkaki ayam. konfirm diorg takkan beli..
peluang = haha..nih peluang besar nih..semua org tak pakai kasut..kalo jual kasut mesti kita akan memonopoli pasaran kasut disini..
so, pandanglah masalah sebagi peluang.. n think positive!!
denaihati 88p · 841 weeks ago
Komeng · 841 weeks ago
:)
denaihati 88p · 841 weeks ago
hydir · 838 weeks ago
Ingatlah, Allah akan tolong org yg berperancangan
so..kita kena uruskan masalah dan lain2 dgn perancangan
denaihati 88p · 838 weeks ago