Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Apr 9, 2009

Akademi Fantasia 7


Malaysia ni demam macam-macam hal, demam pemilihan UMNO dah lepas, demam pilihanraya baru selesai, demam PAKATAN RAKYAT terus melanda, demam PM baru melanda dan Najib baru je umum SAF baru Pak Menteri.

Tapi yang aku nak cerita demam AF7 walaupun tak sehebat dulu tapi masih ada pengikutnya. Aku tak lah ikut sangat tapi kalau dah satu umah tukar channel terpaksalah tengok juga. Minggu lepas aku baru dapat jawapan kenapa graduan Akademi Fantasia tidak berjaya sebagai penyanyi apabila keluar di dunia seni sebenar.

Salah seorang pengkritik mengatakan bahawa kualiti nyayian adalah modal terpenting untuk menjadi penyanyi yang sukses. Kritik ini telah dibalas oleh Pengajar mengatakan bahawa Akademi Fantasia bukan mencari penyanyi tetapi Pengibur yang boleh menyanyi dan menghiburkan penonton dan kualiti nyanyian bukan keutamaan.

Selama ni aku mati-mati sangka AF ni mencari Penyanyi berkualiti yang boleh mengantikan Syarifah Aini, Sudirman, Uji Rashid, Siti Nurhaliza, Jamal Abdillah, Ramlah Ram, M.Nasir, Amy Search dan beberapa lagi penyanyi hebat. Rupanya tekaan aku salah...mungkin Astro nak mencari penghibur seperti Aznil dan Azman Ali.....patutlah setelah 6 kali AF hanya Mawi jelah yang boleh dikatakan power yang lain lebih menyerlah jadi pelakon dan penyampai acara. Pada mula kemasukan Tiara sebagai Pengetua aku jangkakan akan benar-benar membawa transformasi tetapi jangkaan aku salah...AF akan terus jadi tidak releven untuk melahirkan Penyanyi yang sehebat dan sebaris dengan penyanyi hebat negara.

Apa pandangan teman-teman?

~Terima Kasih~

Entri lain yang menarik



Widget by Hoctro | Jack Book

Comments (12)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
mmg tak relevan
artis instant .. tak tahan lama
Mawi pon ntah apa lagu dia skrg ni ...
1 reply · active 834 weeks ago
Yang pasti AF akan diteruskan kerana ada komersial value. Setiap aktiviti AF membawa pulangan kepada Astro dari iklan, pengundian, chating dan diari harian.
hi, emila post sekarang ada giveaway, cepat take part NOW
1 reply · active 834 weeks ago
T.H terima kasih beritau. Ini peluang bagus ni untuk menang hadiah.
eh th ada di sini! hi th!
1 reply · active 834 weeks ago
T.H dan komen few times. Semuga lebih banyak lagi komen dari T.H
saya tak pasti apa kriteria mereka semasa pemilihan untuk masuk ke AF. Hanya beberapa orang saja yang bagus.

Transformasi yang diwar-warkan hanya gimik saja; tiada transformasi hebat yang yang saya lihat.
1 reply · active 834 weeks ago
Aku pun setuju tu..gimik mesti lebih yang untung Astro. Pelajar bila dah keluar terumbang ambing sana sini. Ajar diaorg buat blog lagi power...heeee....buat Akademi Blog pun bagus!!!!
hoho...insan mmg xikut AF dr awal lg..mmg tak minat..baik tgk CSI..at least tau teknologi terkini..
1 reply · active 834 weeks ago
kadang aku fikir pengajar yang mengajar ilmu menghibur dan ilmu tu berterusan turun temurun..macam mana ya tu??? Aku pun syok tengok CSI..
Balik kl ari tu sempat tengok AF kat kedai makan, sedih AF makin lama makin tah apa2. sorang dua je yg boleh nyanyi yg lain harap muka jer. Tapi astro tetap kaut untung.

Dah lama tak tengok CSI sbb kat umah tak ader astro.
1 reply · active 833 weeks ago
AF ni pun celaru macam politik juga kot..tak kanlah beribu-beribu yg datang... tak ada yg lebih baik dari tu..kan kan.

Post a new comment

Comments by

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

The last comments for

BERANI GAGAL NETWORK : Dapat Wang Segera

vynn

Ini adalah artikel informatis yang sangat...

July 19, 2022 09:03:29 Jump to

Lukman

Penjelasan yang sangat baik tentang July 19, 2022 08:57:36 Jump to

The last comments for

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL update syarat

5,999 comments

by 1,639 readers

IntenseDebate

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP