Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Apr 8, 2009

BN -1 PAKATAN - 2


Keputusan pilihanraya telah diumumkan dan keputusannya BN-1 PAS-1 PKR-1. Tiada keputusan yang mengejudkan kerana kerusi ini memang dipegang oleh parti-parti yang telah menang. BN mengharapkan kemenangan di Bkt Gantang dan Bkt Selambau setelah berlaku perubahan kuasa tetapi tidak menjadi kenyataan.

Bagi Aku awal-awal lagi dah menjangka BN tidak akan menang di Bkt Gantang kerana faktor Nizar....pasti banyak undi kesian dari pengundi atas pagar.

Perubahan kuasa dari Pak Lah kepada Najib dah nampak cantik tetapi kemasukan Chedet mengubah sedikit kelancaran. Perkataan transformasi yang digunakan oleh Najib nampak tersekat sikit dengan kemasukan Chedet semula ke UMNO yang terlalu diheboh-hebohkan. Tak salah Chedet kembali semula ke UMNO tapi tak perlulah diheboh-hebohkan sangat kerana ini bukan zamannya lagi dan sedikit sebanyak seperti menunjukkan kelemahan Najib.

2 hari terakhir BN telah salah menggunakan taktik yang Aku fikir dulu digunakan dizaman Chedet iaitu dengan menyiarkan kembali ucapan Anwar selama 2 hari berturut-turut dan mengeboh-hebohkan soal bacaan Al-Quran oleh DAP. Isu Al-Quran tidak akan membuat ahli PAS mengundi BN tetapi menyebabkan pengundi bukan Islam bertukar arah menyokong Pakatan. Isu propaganda Anwar adalah taktik lama yang memang sudah ditolak oleh pengundi muda.

Kehadiran Chedet di Bkt Gantang dan Bkt Selambau juga seolah-olah menunjukkan kelemahan Muhyiddin menguruskan jentera BN. Bagi Aku zaman Chedet sudah berakhir, biarlah jasanya kenang sebagai jasa. Najib ingat pesan Pak Lah jangan kembali kezaman lampau jika ingin terus berjaya kerana masyarakat sekarang telah berubah sejajar dengan perubahan masyarakat global.

Aku menunggu barisan kabinet Najib...adakah ianya akan mengambarkan transformasi seperti yang Najib janjikan???

~Terima Kasih~

Entri lain yang menarik



Widget by Hoctro | Jack Book

Comments (6)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
nak transformasi kena msuk AF la..ni bkn zaman transformasi,ni zaman kalo ko bagi rakyat kemudahan,jgn tindas rakyat..ko tunaikan janji,undi tu takkan beralih arah..ni zaman realiti..bkn sekadar mengenyangkan perut kroni jer..rakyat sekarang sumer celik IT..tak kuor kat paper,tv..,depa carik kt tenet..
1 reply · active 834 weeks ago
akakya betul lah tu tapi manusia akhir zaman ni memang tak akan puas...tak percaya tengoklah bila Pembangkang ambil alih...pasti masih keadaan yang sama...solusinya Rasulullah dah kata yang berjaya di dunia dan akhirat apabila ikut cara hidup Rasulullah yang telah ditetapkan oleh Allah.
ada betul apa yang anda katakan tu.....

kita tunggu barisan kabinet najib pulak......
1 reply · active 834 weeks ago
Kita tunggu sama-sama siapa yag masuk dan siapa yang keluar...Azalina, Syed Hamid rasanya confirm terkeluar
I agreed with u..mereka lupe zaman dah berubah..mereka lupe (@ buat2 lupe?) masyarakat skrg ada mata utk melihat,ada telinga utk mendengar and ada akal utk berfikir...Dlm TV@paper dok cite yg bebaik je..hakikatnye...???
1 reply · active 834 weeks ago
Betul tu tetapi jangan sampai kita termakan propaganda musuh kita yang memang merancang untuk melihat Malaysia tidak aman....musuh Malaysia ada dalam BN dan Pakatan...

Post a new comment

Comments by

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

The last comments for

BERANI GAGAL NETWORK : Dapat Wang Segera

vynn

Ini adalah artikel informatis yang sangat...

July 19, 2022 09:03:29 Jump to

Lukman

Penjelasan yang sangat baik tentang July 19, 2022 08:57:36 Jump to

The last comments for

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL update syarat

5,999 comments

by 1,639 readers

IntenseDebate

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP