Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Apr 20, 2009

Blog Politik Malaysia


3-4 hari ni aku mengabiskan masa buat blog walking ke blog politik Malaysia. Woow punyalah banyaknya dari blog yang penyokong Barisan, Blog penyokong Pakatan, Blog penyokong UMNO, Blog penyokong PKR, blog penyokong PAS, blog penyokong DAP dan ada juga blog politik yang bebas dan sukakan keamanan.

Blog politik yang paling tinggi trafiknya sekarang adalah chedet, 1Malaysia, AnwarIbrahim dan banyak lagi blog politik yang high ranking dan kritis. Setiap kumpulan bermati-matian menegakkan pendirian dan kepercayaan masing-masing. Aku tak pernah mengkelaskan blog aku sebagai blog politik tetapi sesekali sebagai warga negara yang peka aku suka juga nak tulis cerita politik dari pandangan mata hati aku.

Tapi aku yakin walauapapun yang aku tulis tak akan merubah pefikiran penyokong-penyokong parti politik sebab aku orang kecil. Titah Sultan Perak yang inginkan jangan berpolitik berlebihan pun belum tentu di hormati inikan pulak aku. Cuma aku pelik bin ajaib dalam dunia bebas berintenet ni ada dikalangan penulis menggunakan bahasa kesat dan menukar nama pemimpin seperti Najib kepada Najis dan sebagainya. Adakah internet ini bermakna kita juga bebas membelakangkan ajaran Islam? Salah satu sifat Rasul yang berjaya mengembangkan Islam keseluruh dunia adalah Iqrom Muslimin iaitu berbuat baik bukan sahaja kepada Islam tetapi juga kepada bukan Islam.

Firman Allah Surah Al-Imran ayat 26 yang sebahagian ertinya "Allah berikan kekuasaan kepada sesiapa pun yang Allah kehendaki dan Allah cabut kekuasaan dari sesiapa pun yang Allah kehendaki. Allah muliakan siapa pun yang Allah kehendaki dan Allah hinakan siapa yang Allah kehendaki. Ditangan Allahlah segala kebajikan. Sesungguh, Allah Mahakuasa atas segalanya sesuatu".

Membaca ayat ini menjadikan aku lebih suka bersederhana dalam hidup. Berpolitik tidak salah tetapi batasan Islam jangan dilupakan. Akhirnya penentuan Qada dan Qadar adalah daripada Allah SWT dan kita wajib beriman padanya jangan yang dikejar tak dapat yang dijinjing perceceran. Musuh-musuh Islam menunggu sahaja keruntuhan sebuah lagi negara Islam.

~Terima Kasih~

Entri lain yang menarik



Widget by Hoctro | Jack Book

Comments (15)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Begitulah denaihati...tetapi bila di blog politik, mereka lebih berada di denai akal yang mungkin itu salah satu strategi cyber terkini yang boleh menyampaikan maksud sebenar yang hendak disampaikan oleh hati...Alahuaqlam...
1 reply · active 833 weeks ago
cyber ini ibarat pisau jika diguna untuk kebaikan maka baik lah jadinya tapi kalau diguna untuk kejahatan maka jahatlah jadinya...tujuan Barat mencipta internet pasti ada udang disebalik batu tapi bukanlah bermakna kita mesti menolak cuma perlu berhati-hati...
Qada dan Qadar memanglah drpd Allah tetapi kebolehan akal dan daya usaha fizikal yang dianugerah oleh Allah wajiblah digembleng di tahap yang maksima....Allahuaqlam...(maaf tadi silap ejaan Allah)
1 reply · active 833 weeks ago
kita mesti berusaha bersungguh-sungguh tetapi mestilah berlandas Al Sunah dan Al-Quran ..jangan terlalu tepengaruh dengan selogan barat yang mempromosi kebebasan mengikut nafsu bukan iman
bagaimana dengan celakalah tangan abu lahap?mintak pencerahan sikit...
4 replies · active 833 weeks ago
Petikan di buku Sejarah Nabi Muhamad oleh Tarikkudin ada menceritakan Utaibah anak abu lahab telah menendang pinggang Nabi sehingga Nabi jatuh setelah menceraikan anak Nabi Ummu Kalthum. Nabi sangat murka dan menyumpah "Wahai Utaibah! Nanti kamu akan dibaham oleh seekor daripada singa-singa Allah". Akhirnya Utaibah dibaham singa walaupun dikawal rapi oleh abu lahap.
Petikan dari buku Menjadi Kekasih Allah oleh Syaikh Abdul Qadir Jailani menulis Marah kerana Allah itu terpuji tetapi jika marah kerana lain kerana nafsu adalah marah yang tercela. Jangan kamu menampakkan marah kerana Allah padahal sebenarnya kerana nafsu.
(sambungan) Segala sesuatu jika dilakukan kerana Allah akan memperolehi kesempurnaan sedangkan jika dilakukan bukan kerana Allah akan berubah dan hilang".
Sungguh halus, lalu bagaimanakah seseorang yang belum mengenal nafsu sendiri untuk berani mengatakan "Aku Marah Kerana Allah"?
syukran ya denaihati...ya akhii...Alhamdulillah...mari kita bersahabat dunia dan akhirat...
1 reply · active 833 weeks ago
Salam persahabatan dunia dan akhirat. Semuga keyakinan kita ke pada Allah swt pengatasi segalanya di dunia ini.
Jika saya PM Malaysia, apa yang saya buat? saya nak korang comment benda kat bawah ni dengan naluri kepimpinan yang korang ada. Yang saya punya pula akn menyusul. Ha.ha.

http://pemikirislamik.blogspot.com/2009/04/jika-s...
1 reply · active 832 weeks ago
Goldzul terima kasih komen dan link nya.
berkenaan trafik, yang menariknya, 1Malaysia tiba2 sahaja mendapat trafik yang tinggi selepas PM baru kita dilantik. Nampak gaya dunia politik sudah berubah. PM baru kita pun ada twitter sebenarnya, saya dah follow, tapi setakat ini yang di update cuma jadual hariannya yang sibuk. Siapa tahu twitter pemimpin2 politik yang lain?
1 reply · active 828 weeks ago
lim kit siang pun ada twitter.

saya pun baru set satu blog politik ...insyallah harap boleh tarik trafik dalam 4-6 bulan ni.

Post a new comment

Comments by

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

The last comments for

BERANI GAGAL NETWORK : Dapat Wang Segera

vynn

Ini adalah artikel informatis yang sangat...

July 19, 2022 09:03:29 Jump to

Lukman

Penjelasan yang sangat baik tentang July 19, 2022 08:57:36 Jump to

The last comments for

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL update syarat

5,999 comments

by 1,639 readers

IntenseDebate

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP