Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Apr 6, 2009

F1 Malaysia 2009 memang power


Aku sememangnya peminat perlumbaan F1. Tapi tahun ni aku tak berkesempatan nak ke Sepang jadi hanya menonton di rumah je. Sepanjang penganjuran F1 di Malaysia sudah 5 kali aku menonton F1 secara live di Litar F1 Sepang. Pengalaman melihat secara Live memang berbeza dengan menonton di TV.

Untuk menonton di Litar F1 Sepang Aku mesti membuat persediaan yang rapi terutama jadual dan kederaan untuk pergi kesana jika tidak sudah pasti terperangkap di dalam kesesakan jalanraya. Biasanya Aku akan beli tiket parking yang berhampiran. Aku memang tak berani nak parking sesuka hati kat tepi-tepi jalan dan yang paling malas nak berjalan ber kilometer untuk masuk ke Litar.

Perlumbaan tahun ni memang paling HOT. Dari awal aku dah agak perlumbaan ini pasti lain pada yang lain apabila waktu perlumbaan diubah ke 5 pm. Pada tahun-tahun sebelum ni perlumbaan jam 3 pm dan selalunya hujan lebat akan berlaku selepas perlumbaan. Sebagai peminat aku memang nak tengok perlumbaan macam ni dari sekadar melihat Pemenang di depan dari awal sampai habis perlumbaan tanpa aksi yang menarik..tu kan boring.

J.Button berjaya naik ke podium pertama untuk kali 3 dalam kariernya. Team kegemaran aku BMW Sauber berjaya mendapat podium ke 2 dari strategi yang betul...Nick Heidfeld memang bernasib baik dan beliau dah beberapa kali berjaya dengan strategi begini...Tahun ni F1 dijangka akan jadi lebih menarik kerana tiada pasukan yang favorite. Team baru Brawn-Mercedes, Toyota, McLaren-Mercedes, Ferrari, Bmw Sauber, Renault, William-Toyota mempunyai peluang yang sama.

~Terima Kasih~

Entri lain yang menarik



Widget by Hoctro | Jack Book

Comments (6)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
huhu
aku x pernah pi tgk secara live
byk kali member ajak
tp mcm agak mls nak pi
tp lepas baca ko nyer post ni
mcm best plak F1
inysyaAllah lain masa aku pi
1 reply · active 835 weeks ago
Memang best kalau tengok lansung kat litar. Ramai peminat dari luar negara datang sini tengok..rugi kalau kita tak ambil peluang sekurang-kurang sekali..rasai pengalaman nya.
shaye pn peminat F1..tapi game semalam xbest..!!huhuh..seb baik tgk kt umah..sedih hamilton xnaik podium..
1 reply · active 835 weeks ago
ni mesti peminat Hamilton..kita tunggu next race mesti power punya...awal-awal dah ada macam2 kontroversi.
lame x layan F1..
aku minat sauber, driver yg aku minat plak hamilton.. :D
1 reply · active 835 weeks ago
Kita sama lah aku pun meminat setia BMW Sauber

Post a new comment

Comments by

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

The last comments for

BERANI GAGAL NETWORK : Dapat Wang Segera

vynn

Ini adalah artikel informatis yang sangat...

July 19, 2022 09:03:29 Jump to

Lukman

Penjelasan yang sangat baik tentang July 19, 2022 08:57:36 Jump to

The last comments for

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL update syarat

5,999 comments

by 1,639 readers

IntenseDebate

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP