Mohon Restu BONDA
Allah swt berfirman dalam Surah Al-Ahqaf ayat 15 yang ertinya :
Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah pula. Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa : Ya Tuhanku tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan memberi kebaikan kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.
Nota : Juga Doa khas bagi yang menyambut usia 40 tahun.
Apa yang telah kita lakukan pada ibu kita?
1. Menziarahi Nya sebulan sekali.
2. Menalefon Nya setiap hari
3. Memberi duit setiap bulan
4. Memberi hadiah di hari ulang tahun nya.
Aku sering menasihati adik aku supaya memberi duit walau sedikit mana pun kepada ibu setiap bulan walaupun kita kekurangan duit. Insyallah dengan pemberian yang ikhlas bertambah murah rezeki kita. Jangan jadikan alasan tak cukup duit untuk tidak memberi duit kepada ibu kita..ingat semasa kecil dulu ibu berusaha untuk mencari rezeki walau sesukar mana sekali pun bagi memastikan anak-anaknya makan dan bersekolah.
Percayalah apa yang kita buat sekarang kepada ibu kita begitulah yang anak kita akan lakukan kepada kita. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.
~Terima Kasih~