Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Jun 23, 2009

Bahasa Jiwa Bangsa

Aku jumpa Tag yang menarik di blog Nessa dan Emilayusof. Bila tengok je Tag ni rasa tercabar nak mencurah Yang Terbuku Di Hati. Yang bestnya MESTI dalam BAHASA MELAYU.

TAG 1

Mari menjawab soalan dalam Bahasa Melayu.

Bekas kekasih saya adalah: teman satu sekolah yang akhirnya berkahwin dengan teman baik saya.
Saya sedang mendengar: keluhan hati saya melihat bangsa saya yang ketinggalan segalanya.
Mungkin saya patut: kerja lagi kuat.
Saya suka : bersendirian fikir kebesaran Tuhan dan kecilnya diri saya ini.
Sahabat-sahabat baik saya: sentiasa bersama walaupun saya dalam kesusahan.
Saya tak faham: kenapalah orang-orang politik ini tak pernah rehat nak berpolitik..sudah-sudah lah tu.
Saya kehilangan: anak sulong.
Ramai yang berkata: saya ini bermotivasi tinggi.
Makna nama saya: ni baru nak pergi tengok kat senarai makna nama-nama.
Cinta itu adalah: Perasaan yang indah anugerah Allah.
Di suatu tempat, seseorang sedang: termenung baru kena buang kerja.
Saya akan cuba: merendah diri.
Ayat SELAMANYA membawa maksud: Istiqamah.
Telefon bimbit saya: ada berapa ya..banyak juga tapi semua NOKIA.
Bila saya terjaga dari tidur: bersyukur Allah pinjamkan umur sehari lagi.
Saya paling meluat apabila: sombong bodoh.
Pesta/Parti adalah: majlis makan minum sambil bergumbira.
Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah : monyet terkecil di dunia di zoo Taiping.
Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah : zaman persekolahan.
Hari ini: temankan kawan pergi suatu tempat.
Malam ini saya akan: tidur awal untuk bangun awal.
Esok pula saya akan: siapkan kerja yang belum siap.
Saya betul-betul ingin: Malaysia ini aman damai.
Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini: semangkin tua saya ini.
Pusat membeli-belah atau arked permainan: teringin nak tengok orang Melayu punya.
Makanan Barat atau Jepun: Barat. Dua-dua best.
Bilik yang terang atau gelap: Tidur memang bagus dalam gelap untuk pemulihan kesihatan.
Makanan segera adalah: KFC, McD, A&W, BurgerKing, PizzaHut.
Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang? Power tu.

TAG 2

Apakah perasaan anda sekarang? Gelisah.
Saya nak makan? Nasi putih + Daging Salai masak lemak cili padi.
Saya tak suka? Putus asa.
Impian saya? Nak jadi Hafiz Al-Quran.
Haiwan yg saya tak suka? Ular.
Saya harapkan? saya dapat mendidik anak-anak dan keturunan saya menjadi insan yang soleh dan soleha.
Jika boleh putarkan masa? saya tak pernah menyesal dengan apa yang telah berlaku kepada saya baik susah atau senang...pasti ada hikmahnya.
Saya pada 10 tahun akan datang? Lebih dekat dengan Allah.
Handphone saya adalah sebuah? alat yang sangat membantu perniagaan dan perhubungan kekeluargaan.
Saya pernah bercinta sebanyak? beberapa kali.
Kawan-kawan saya? majoriti berniaga sendiri.
Pernah dikhianati? pernah.
Apa yang hendak saya lakukan terhadap orang yang mengkhianati saya? Doakan semuga mereka mendapat hidayah.
Siapa yang saya nak Tag? Semua yang baca tag ini dan rasa tercabar.

Entri lain yang menarik



Widget by Hoctro | Jack Book

Comments (16)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
mak aii.. terkejut aku seh.. baru kejap td aku masuk tp belum ada entri baru.. lps aku baca 1 komen dan balik ke homepage, top2 dah ada entri baru.. huhu.. owner blog ni mcm tau2 je aku sdang mundar-mandir kat blog beliau ni. yay!

anyway, aku nk baca tag tu skrng :)
4 replies · active 822 weeks ago
aduyai.. ayat last tu yg tak tahan tu.. nak buat ke tak ye? huhu.. anyway, menarik juga baca jawapan bro tu. ada some part yg buat aku tersengih :)

oh ya, boleh aku tau.. apa punca bro kehilangan anak sulung bro? maaf la kalau soalan ni mcm tak best je utk dijawab..
saya pun tak tau nak wat ke idak, baca dah baca.. tang tercabar tu yang takde
Zul dah check akaun bank ke???
hoho.. lama tak online sebelum ni, ada check kat maybank2u hari tu.. duit dah di terima, terima kasih denaihati.
Bro tahniah jadi pengomen pertama....yang mana tu buat tersenyum???....agak2 macam tau jeee yang mana membuatkan bro tersenyum....
Meninggal umur 5 bulan...antara sebabnya demam panas...Allah sayang kat dia...insyallah semuga dia menunggu di pintu syurga...
Hai Denaihati. Salam kenal :)

Thanks sebab join tag ni.

Saya bersimpati awak kehilangan anak sulong...

Saya pun nakkan Malaysia yang aman damai.
1 reply · active 823 weeks ago
nessa terima kasih...salam kenalan juga untuk you...selalu visit blog you tapi jadi silent visitor jee.
bro denaihati , selamat kembali ke arena online .. rami tertunggu2 dengan post bro denaihati ni.. hahaha.. tapi seperti biasa azizwanlah yang terpantas
2 replies · active 822 weeks ago
alhamdulillah perjalanan lancar...tulah rezeki azizwan....
hehe.. secara kebetulan je tu sbb kadang2 aku tertinggal juga. alang2 dah ada entri baru, baca dan komen la jawabnya :)
wahh...sudah terkena...

best la tag ni..mmg tercabar..harus menggunakan penggunaan bahasa melayu yg betul..
1 reply · active 822 weeks ago
saya memang suka tag ni sebab kena dengan konsep Yang Terbuku Di Hati...
Saya pulak kurang suka jawab tag. Apa-apa pun , terima kasih kerana berkongsi. Bolehlah kami kenal bro denaihati dengan lebih kenal lagi.
Jalan2 sana sini kat sini, haku jumpa lak tag ni. Owh ... begitu yer!!

Post a new comment

Comments by

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

The last comments for

BERANI GAGAL NETWORK : Dapat Wang Segera

vynn

Ini adalah artikel informatis yang sangat...

July 19, 2022 09:03:29 Jump to

Lukman

Penjelasan yang sangat baik tentang July 19, 2022 08:57:36 Jump to

The last comments for

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL update syarat

5,999 comments

by 1,639 readers

IntenseDebate

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP