Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Jun 24, 2009

Apa erti NILAI dalam hidup manusia?

Tahu tak kenapa penyelok saku sanggup mencopet dompet dan pemecah rumah sanggup masuk walaupun penghuninya berada di rumah untuk mengambil handphone, laptop dan pelbagai gadget elektrik yang kecil. Tahu tak kenapa pencuri kenderaan sanggup mencuri motosikal, kereta dan kadang-kadang basikal walaupun di depan Pasar Raya yang sememangnya sentiasa ramai orang.

Sebabnya mudah sahaja kerana barang-barang yang mereka curi itu samada dompet, handphone, laptop, PSP, kereta, motor dan basikal tu ada NILAI. Kalau tak ada NILAI seperti daun kering, sampah, kertas pasti Sang Pencuri ni tak akan mengambil risiko untuk mencuri.

NILAI ini tak semua orang akan rasa dan menghargai-Nya walaupun benda-benda ini bersama kita setiap masa setiap saat. Yang kita cuma tahu NILAI 3 kat Negri Sembilan sebab banyak barang-barang murah. NILAI ini hanya kita rasa apabila kita kehilangan-Nya.

Kita tidak akan merasa NILAI kesihatan semasa kita sihat tetapi apabila Doktor diagnos kita sakit barulah kita merasa kehilangan dan menyesal kerana tak jaga kesihatan semasa sihat. Kita tak pernah NILAI kasih sayang dan pengorbanan IBUBAPA semasa hidup kerana kita sudah bersama mereka mungkin puluhan tahun bah pepatah "alah teggal jadi biasa". Tetapi rasa kesunyian dan kehilangan serta menyesal kerana tidak BERHIMAT dengan terbaik kepada IBUBAPA akan dirasai setelah mereka masuk ke lianglahat meninggalkan kita selama-lamanya.

Kita hanya dapat merasa NILAI kekayaan apabila kita jatuh miskin setelah membelanjakan duit kita secara tidak terurus. Kita juga merasa NILAI kuasa apabila kuasa kita diambil orang atau tewas dalam pilihanraya seperti tewasnya BN KEDAH, SELANGOR dan PENANG kepada PAKATAN.

Dan lebih besar lagi NILAI iman. Syaitan telah berjanji kepada ALLAH yang mereka tidak akan tidur dan berusaha mencuri IMAN dari manusia dari mula manusia dicipta sehinggalah hari kiamat. Pencuri IMAN ini lagi hebat dari pencuri dompet, handphone, laptop dan segala harta di dunia. NILAI iman hanya kita boleh rasai di akhirat dan seandainya kita biarkan IMAN kita dicuri oleh Pencuri Iman tiada jalan kembali untuk mendapatkan IMAN yang telah hilang.

MAKA marilah kita JAGA IMAN kita lebih hebat dari kita menjaga kuasa, kekayaan, dompet, handphone, laptop, PSP dan segala harta dunia dan menyayangi IBUBAPA dan KELUARGA selagi mereka masih hidup bersama kita.

Entri lain yang menarik



Widget by Hoctro | Jack Book

Comments (12)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
tak tahu nak komen apa tp seriously entri ini sangat mendalam maksud tersurat dan tersiratnya.. aku cuma nk ckp, sama2lah kita semua menjaga nilai iman sesungguhnya ianya adalah nilai yg kekal utk selama-lamanya dan sukar utk dicari ganti. bahkan sebagai bekalan utk di akhirat kelak..
1 reply · active 822 weeks ago
terima kasih jadi pengomen pertama...bro memang aku pun perasan bila aku buat posting yang serius tak ramai yang nak berdiskusi...
Bila bercakap berkenaan nilai ianya berkait rapat dengna akhlak. Rasulullah pun diturnkan untuk membetulkan akhlak umat manusia. Akhlak sesama manusia dengan Khalik juga akhlak manusia dengan setiap makhluk. Untuk mendapatkan akhlak yang mulia pula bukanlah senang-senang sahaja, ada banyak halangan dan dugaan yang perlu ditempuh. Pendidikan awal juga amat memainkan peranan penting.
1 reply · active 822 weeks ago
Firman Allah tidak beriman kamu sebelum kamu diUJI...tetapi banyak dikalangan kita mengeloh bila diuji dengan kesusahan dan lupa pada ALLAH bila diuji dengan kesenangan....bukan senang nak jadi senang di akhirat kelak...
Nilai Iman dan Islam sangatlah bernilai sehingga tidak ternilai dan tidak mampu untuk di nilai tetapi ramai yang tidak tahu atau tidak mahu menilai sehingga di anggap ianya tidak bernilai.Waduh....berapa banyak nilailah!....
1 reply · active less than 1 minute ago
Nilai yang kita nikmati di DUNIA ini hanya 1% sahaja dari nikmat Allah ibarat setitis air lautan dan 99% nikmat Allah ada disyurga...tetapi kita lebih menghargai nikmat yang hanya 1% kerana nampak didepan mata ...99% nikmat yang kekal abadi hanya sebahagian kecil mengejar dengan bersungguh...
betul lah 2.. ingat 5 sebelum 5.. jika manusia menghargai nilai ni, maka amanlah dunia.. sejahteralah manusia...
Kalau kita ambil berat 5 perkara sebelum 5 perkara memanglah bagus tapi tu lah terutama AKU ni selaluje terlalai...

http://almukjizat.blogspot.com/2008/04/ingat-5-pe...
nak share post ni dekat blog ye. mintak izin..betul2 bermakna post ini pada diri. mencari2 arah tuju hidup yang dicari. nilai hidup, erti hidup dan apa yang dicari, dan yang penting dalam hidup ini..

moga hidup tidak menjadi sia-sia..
everjihad insyallah ilmu baik bagus diperpanjangkan...semuga ada secebis hidayah di dalam ilmu ini.
tertarik dengan perkongsian pasal pencuri IMAN. IMAN sangat berharga sehingga ada pencuri yang tak jemu ebrusaha untuk mencuri. Ntahlah berapa banyak nilai IMAN yang sudah dicuri. Selain pencuri itu yang jadi musuh, musuh utama juga berasala dari dalam diri. iaitu DIRI SENDIRI juga. Satu serangan luar, satu lagi serangan dalam . Semoga kita sama-sama sentiasa dapat hidayah.
Yaa ... selagi mereka masih hidup. Jangan nanti bila mereka dah tiada, baru ler kita rindu2an ...

Post a new comment

Comments by

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

The last comments for

BERANI GAGAL NETWORK : Dapat Wang Segera

vynn

Ini adalah artikel informatis yang sangat...

July 19, 2022 09:03:29 Jump to

Lukman

Penjelasan yang sangat baik tentang July 19, 2022 08:57:36 Jump to

The last comments for

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL update syarat

5,999 comments

by 1,639 readers

IntenseDebate

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP